CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 29, 2013

Maidku MIA

Meh nk cite psl maid aku pulak.
Maid aku patutnya balik cuti 5 hari je seperti yang telah dipersetujui dedua pihak. Dia balik indon khamis lepas dan balik sini balik patutnya semalam.
Tapi tunggu punya tunggu dia langsung xd call smp la skang ni. Dan aku pun x dpt contact dia sbb mmg dia xd nombor yang boleh dicontact.

Dia pulak selama keje dgn aku dah setaun 2 bulan ni langsung xd contact kampung dia sbb no fon family dia sume dlm fon n fon tu ms kat umah ejen kat tanjung balai, disuruh tinggal. dia pun lupa nak salin no adik dia. Dia ni da xd mak bapak. dah meninggal. Dia pun bujang, cuma ada adik tu je yg da kawen.

Mmg perjanjian masa awal2 amik dia dulu dgn ejen, mmg ejen da ckp, since dia xd cuti setiap minggu/bulan mcm maid yang lain. Lps setaun keje kena bg dia balik indon cuti seminggu. So masa tu nak taknak aku terpaksa la setuju sbb masa tu tu je pilihan maid yg ada. Dia pun keje la dgn aku. So far, performance dia ok, boleh dikatakan tiptop la jugak sbb umah bersih, sume keje siap, anak2 pun tjaga dgn betulnya makan pakai. Kira aku boleh la senang hati nk lepaskan anak2 dgn dia.

Sampailah bulan 11 aritu patutnya aku da bg dia cuti tp masa tu aku xd cuti. Bulan 12 pun akux leh cuti panjang. Tu yg bln 1 ni br bg dia cuti.Ikutkan hati mmg taknak bg cuti, mmg ikutkan hati nak tgu sampai kontrak habis tp sbb da mmg da janji tu yg takleh nak wat pe. Lg pun alasan dia nak balik tu utk tgk anak sedara dia yg nak operate otak tu n nk tebus balik tanah yg da terjual utk tampung kos berubat anaks edara yg sakit. That's the main reason why she is working here sbb nk cari duit. Tu yg aku rasa kesian plak kat dia.

Kebetulan ada cuti panjang sket time maulidur rasul n raya cina nanti. Ikutkan nak soh dia balik raya cina sbb time tu aku nak bjalan ke Perak nk bwk anak2. Tp bila bgtau dia, dia ckp dia nak ikut g hotel. Dia ni mmg suka betul ikut bjalan, dia suka mandi pool. Umur pun muda lagi kan so aku pun x kisahla asalkan keje siap n bagus, sesekali apa salah reward dia dgn ikut sama kami bjalan. Memang jalan kemana2 pun kami bwk dia x penah tinggal. Bila firikan dia nak ikut bjalan, aku pun bg la dia balik time cuti maulidur rasul mgu  lps ni. Tu yg kami hantar dia ke terminal feri kat port klang sbb dia xnak naik flight. katanya umah dia lg dekat dr terminal feri tanjung balai drpd airport medan. 

Masa sebelum dia balik banyak kali aku pesan, balik sini balik, apa2 jadi pun tetap kena balik sini balik jangan x balik. Berkali2 gak dia ckp kat aku, iya puan, sy nak kerja lagi la. Aku pun dgn berat hati gak lepaskan dia balik. Sampai je kat tanjung balai aku masih dpt bercakap dgn dia. Dia bgtau nanti dia sampai kampung dia akan call aku. Tp sampai sekang x call aku. Aku pun xtau apa cite.

Jadiknya bila semalam dia da x balik, aku dgn husband dedua terdiam xtau nak buat apa, tak leh berfikir. Tak tau nak keje mcm mana. Masing2 blur mana nak cari maid lain plus duit pun akan kua lagi beribu2. Nak2 plak aku patutnya ptg ni kena ke langkawi outstation. Kelam kabut aku call travel agent yg uruskan tiket nak mintak cancel or postpone.

Bila maid da xd, kami kena amik cuti. Anak2 kena uruskan sendiri. Tapi aku xleh cuti so en suami yg kena cuti. Dia lah yg uruskan budak2 n umah. Masak untuk arissa balik tengahari n siapkan arissa utk ke sekolah agam pulak. Tlg basuh baju n kemas umah. Tq sayang!




Arissa masa nak tgu transport datang.



En suami cuti so dia masakkan arissa lauk makan tengahari. Nampak menyelerakan. Bila tny arissa, dia ckp sedap sangat Dada masak, kakak tambah 2 kali. Hamboiiii....



En suami yg siapkan arissa g sekolah agama. Tudung ke belakang sekali. Hehehehe...



Si cheeky Arash ni mmg tau. Ada je perangai dia. Lempang nakkk??









Tuesday, January 22, 2013

Arissa : First Day Of School

School started on the 2nd of January 2013. Alhamdulillah, no drama in the morning. Kejutkan arissa at 6.30am. Suruh mandi n siap. Turun bawah breakfast. Siapkan bekal makanan and water bottle. Then hantar arissa ke school. We both ambik cuti utk tengok dia kat sekolah.





 Early in the morning. Dah besar dah anak mommy.



 Arissa in the class. 1 Firus.

Sampai je sekolah, budak2 darjah 4-6 semua ke tapak perhimpunan. Tapi budak darjah 1 terus ke classroom. Masukkan dia kat kelas. Tunggu dia n suruh dia bkawan dgn kwn2 situ. Tau jek la arissa tu mmg jenis susah nak start menegur org. Mommyla yg kena mulakan sbb nak bg dia ada geng time rehat. Tak lama lps tu cikgu class da masuk, we left the school utk pegi breakfast.

Sepanjang orientation for 3 weeks, cikgu main letak derang randomly ikut kelas yang ada. Ada 9 classes. Arissa kat 1 Firus. After 3 weeks, baru derang dipindahkan ke kelas sebenar based on the replacement test result.

Lps tu dalam pkl 9am, kitorang sampai sekolah balik n tunggu dia kua rehat. Drjh 1 kua rehat awal dlm 9.15am. Masa ni arissa da mula ada kwn yg duduk sebelah dia. Kami pun bkawan la dgn mak bpk budak tu. Borak sama2, masing2 remind anak masing2 utk g kemana2 sama2 jgn pisah. Termasuk ke toilet. Biasalah mak kiasu ni, mmg risau je anak dia xd kwn. Ntah2 anak ok.



Arissa tgh makan time rehat.

Untuk first day, dia request nak bwk bekal spaghetti. Berselera sungguh dia makan. Sekolah ada 2 sesi, pagi n petang. Sesi pagi Darjah 1, 4, 5 & 6. So time rehat pun dia bahagi kepada 2 session. 1st session darjah 1. So dia xd la berebut beratur ramai2 dgn budak2 besar. Tu yg kantin x bape penuh sbb cuma darjah 1 yg rehat 9.15 am. Oklah tu, xdela risau anak x dpt tempat kat kantin tu nnt.



Dalam kelas.

Utk 3 hari pertama tu, asikla tuka2 tempat duduk. Tiap2 pagi datang, tempat duduk yg semalam, ada budak lain dah duduk. So dia kena la tukar tempat duduk lain. Tapi takpela, orientation je pun. Cuma kesian dia asik kena tuko tmpat duduk. Tp lps few days tu, bila tny dia, dia ckp dia da x tuka tempat duduk da.

So far masa 1st day sekolah, she behaved well. Good girl baby mommy ni. Tak sangka anak aku dah besar. Perasaan mommy ms 1st day arissa sekolah, rasa sayu sangat, sebak pun ada sbb mcm x sangka anak da sekolah darjah 1. Nampak dia mcm da besar sgt. Mommy n Dada mcm x ready plak anak dah besar. Rasa mcm dia still baby2 lagi.

Apapun, good luck darling. All the best to u! Mommy n Dada sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 kami. Semoga menjadi anak yang bijak dan belajar rajin2! Sayang ketat2!





Thursday, January 17, 2013

Arissa : Standard 1 Orientation Day

Pejam celik rasanya kejap je my baby ni da 7 yo.
Arissa start school from 31/2 yo. So far dia suka sekolah sbb ada kawan.

Tapi mcm x sangka dia da masuk Std 1. That means mommy is getting older. Euwwwww...
Arissa sekolah at Sek Keb Puchong Utama (2). Memula mmg saya nak sekolahkan dia kat girls school. Tp kat kl ni, susah nak cari sek yg sume pompuan. If ada pun, convent. Tp  plg dekat kat Kajang, Jauh tuuuu...
So, nak taknak, xpelah arissa ya, sekolah kat puchong je la eh. Tak kisah la sek mana, asalkan belajar pandai2 smp dpt result bagus ya.

On the 31st Dec aritu, was her orientation day. Overall, she was ok. Tp biasalah dia, senyapppp x reti menegur orang. Puas da kat rumah ckp dgn dia, kena make friends. Yg aku  ni ye ye jek la mati2 ingat kan ada replacement test masa orientation day mcm kat sekolah lain tu. Sekali tu bila sampai, parents dgr taklimat n budak2 masuk kelas ikut cikgu tp kena beratur tu ikut kelas yg di bahagikan awal2. ni main random pick je masuk kelas mana2 pun. Masa tu ye ye jek ingatkan nnt dlm kelas dia kena wat test tu.

Lps dgr taklimat guru besar yg amatlah slow tahap dewa tu, parents g ke kelas utk bayar yuran n amik buku teks.

Masa ni kami bdua pun g skodeng apa arissa tgh buat dlm kelas. Perasaan tetiba sebak, sayu, nak nangis semua ada bila tgk anak da sekolah. Sama la dgn laki aku jugak. Nampak je bdn macho, tp dlm hati ada taman gak dia tu. Barula paham agaknya mcm ni la dulu mak aku bila anak2 dia masuk sekolah. Tetiba je rs, kejap je anak da besar. Pastu sayu bila tgk anak kena wat suem benda sendiri. Selalu tu if kat rumah, sume benda main jerit je mami or bibik. Ni kena berdikari.

Sekali tu, rupanya, derang xd pun test tu. Bila tny cikgu, cikgu ckp, dia akan buat masa last week of the orientation week. Total 3 weeks orientation. Dlm 3 weeks ni, cikgu nak asingkan dulu murid2 yang taktau membaca n tgk tahap murid tu cane. Barulah buat exam dan asingkan kelas ikut pencapaian murid. Ada 9 kelas total, 360 orang murid. Ramai gileee aku rasa. So aku ckp kat arissa, x kisah pun if dia x dpt masuk kelas yg 1st sbb murid pun ramai sgt. So, cikgu pun xkan nk nilai based on the test tu je. Susah. Tau jek la budak2 skang ni masuk Std 1 sume benda dah tau. Baca, Tulis, Eja, Kira sume da tau dah.

Lps kitorang dah byr yuran n amik buku teks, boleh amik anak bawak balik. Masa tu tny dia, ada kwn tak, dia ckp, ok ada. So aku lega lah. Tp ada gak jumpa kwn2 yg anak satu kelas dgn arissa, n mommy pun make friends la jugak dgn kwn2 baru yg anak sama kelas dgn arissa.

Alhamdulillah, dia ok, xd drama di pagi hari n takde pulak dengar budak2 menangis.



 Arissa dalam barisan kelas dia, 1 Firus.




Ramainya budak2 kan. Each class ada 40 orang.

 

Beratur dulu sebelum cikgu bawak masuk kelas.





Pengalaman Yang Mengerikan Dalam Hidup

Saya baru balik dr Ho Chi Minh trip. 1st time pegi vietnam. Kami stay kat Saigon Pink 2 Hotel.
Tapi sy ada pengalaman mengerikan kat sana yg jadi pd husbnd n kwn2. Juga sebagai pesanan buat semua yang nak pegi ke sana.

Kami pergi berlapan (4 psgn hsbnd n wife). Malam kedua, semua wife pegi spa kat depan hotel SP2. So hsbnd2 ni nak pegi lepak minum kopi kat deret2 Boss Hotel (deret belakang hotel). Ms jalan n tiba kat lorong2 tepi kedai, tetiba ada 4 orang datang meluru terus acu pisau kat perut hsbnd sy sebab dia jalan paling depan. Derang trus arahkan hsbnd n geng ikut derang n jgn melawan. Sambil jalan celah2 lorong tu, sambil pisau kat perut hsbnd saya sepanjang jalan. Pengikut lain2 tu jalan monitor yang lg 3 org ni sambil buat muka selamba, total kesemua gangster tu ada 7 orang. Hsbnd sy ckp jauh jugak derang bwk sbb lama jugak lalu kat lorong2 belakang kedai yg gelap. Rasanya sampai ke area2 belakang Hard Rock Cafe yang kami pegi malam sebelum tu which is sy rs mmg jauhla if jalan kaki sbb hsbnd sy nampak signboard intercontinental hotel. Nak melawan tapi sbb fikir kat negara org n taktau konco2 dia ada berapa ramai lagi, so masing2 diam kan n ikutkan je mana yg nak dibawa pergi tu.

Lps tu, di bawak naik ke atas bilik kat area lorong2 belakang kedai yg kena naik tangga pusing mcm dlm cite gangster cina tu. Masuk bilik, terus derang kunci pintu n terus jerit yg derang nak duit. "Money, money, USD, USD" Then, handphone semua kena ambil dan duit habis licin. Nasib baik sebelum keluar dr hotel mmg hsbnd sy dah pesan kat kwn2 yg tinggalkan wallet n passport semua cuma bwk duit ngam2 utk pekena kopi je.

Lps tu bila tgk duit sume tak banyak derang still tak puas hati, nk suruh salah sorang balik hotel amik kredit kad pulak dan duit yg ada lagi sbb wallet masing2 kan takde time tu. Sebab dr salah sorang kwn tu, derang x dpt byk sbb kwn tu pakai hp blackberry. kat vietnam, bberry tak famous. Ketua gangster tu pulangkan balik bberry tu. cash pulak dapat amik dr kwn tu dlm 2 juta ++ dong je from kawan yg tu (lebih kurang rm300++). Lps tu semua kwn2 ni merayu soh lepaskan dan bgtau yg derang mmg xd duit. Lgpun sume tunjuk yg derang mmg x bduit sbb cuma pakai short n selipar jepun jek. lama jugak dlm 1 jam++ baru derang lepaskan hsbnd2 kami. Masa tu dgr gangster2 bckp sambil tunjuk hp samsung s3 dan note 2 yang dah dapat rampas tu. Agaknya da cukup kot dgn hp yg dpt, kan samsung kat sana tgh 'IN'. Tak lama lps tu, derang pun dilepaskan lps puas dah merayu yang derang da xd apa2 duit lg dah. Then, gangster tu bwk turun bawah, siap tahankan teksi n trus byrkan tambang kat driver teksi suruh hantar ke ben tanh market. Hsbnd cerita, masa turun bawah dr bilik gangster tu, yg tunggu kat bwh tu adalah dlm nak dekat 20 orang. Agaknya konco2 gangster tu kot. Masa dalam teksi, husbnd sy tanya pada driver tu apa nama street tu, drive diam seribu bahasa buat mcm x dgr apa2. So nampak sgt mmg orang tu taknak tolong. Lgpun org vietnam mmg x friendly.

Masa tu kami ni tgh menunggu kat spa lobby lps da hbs pampering ourselves. Tetiba datang suami2 ni dgn muka yg nampak lain macam sgt ajak naik atas bilik hotel utk cite. Taknak cite kat public sebab gangster tu dah pesan jgn cite kat sapa2 n takut ada konco2 kat area bwh hotel ke kan. Punyalah terkejut kami ni yg dgr. Nauzubillah. Alhamdulillah, syukur yg penting derang semua selamat n x diapa2kan lgsg. Itu yg penting pun. Fon boleh beli yg lain if ada rezeki lebih nanti. Duit pun boleh cari lain, asalkan nyawa selamat.

So, nasihat saya, kepada sahabat2 yg akan pegi ke sana hati2 lah, kalau boleh jangan lah jalan kaki, naikla teksi vinasun kemana2, sbb kena nasib x baik mcm kami ni, kena rompak. Sbb malam sebelum tu, masa kat night market kat gerai baju kurung hasanah, ada 1 pakcik muslim tu dah pesan kat husbnd sy dan kwn2, hati2 kat HCM, byk gangster n byk kes samun. Jangan jalan ke tempat backpackers area malam2. Tak sangka rupanya betul2 terjadi kat grup kami.

Yang pastinya, kami akan blacklist vietnam dalam memori kami. Mmg awal2 dah pangkah yg kita taknak datang lagi ke sana.





Friday, January 11, 2013

Testing testing

Ehem ehem....
Bersiaran dari ipad n pestime guna blogger nya tools ni. Huhuhuhu..
Sebab selama ni, tak download pun apps ni kt ipad. N semenjak guna unifi ni, tenet kt umah ni laju gile rasanya compare dgn P1 dulu yg mcm kura2.

Ok, lps ni nk try upload gamba guna tools ni plak cane amik dr gallery dlm ipad ni. Maklumlah org jari comel ni, x reti sgt guna touch screen ni. Manjang typo..Ahakssss....