Buat kuih raya ni ikut mood. Taun ni mcm terajin plak nk buat kuih. Tapi dapat 3 jenis jek. Saje je sbb beli kuih skang ni mahal sgt. Setakat biskut biasa pun da atas 25 sebalang utk 50pcs. Baikla buat sendiri je puas hati dpt byk.
Tapi aku cuma buat kuih yang senang2 je. Yg bahan x susah nak cari n x byk. Memula buat kuih feveret en suami iaitu biskut suji. Dia mmg suka kuih ni. Tu yg try buat tu. First time buat.
Inilah bahan2 biskut suji ni. Simple je cuma perlukan minyak sapi, tepung and gula kastor je. Lps tu gaul pakai senduk kayu je dlm mangkuk tak payah guna mixer.
Ini la rupa biskut suji yang dah siap dimasak. Maapkan la bentuk yang x sekata tu. Mana tak nya byk sgt little helper. Masing2 berebut nak tolong buat kuih. Tu yg haru biru di dapur kejap.
Lepas tu buat cornflakes madu pulak. Kuih ni pun senang je. Cuma perlukan butter, gula, cornflakes n madu saje. Panaskan dlm kuali n masukkan cornflakes then bakar dlm oven sekejap nk bg kuih tu melekat tak berderai.
Si kecik ni pun sibuk nak tlg masukkan kuih dlm bekas. Tapi aku tak bg sbb nnt kecah, so soh dia kopekkan cup tu je.
Helper yang paling setia disisi dr awal buat kuih smp la habis 2 adunan. Kakak kejap je tolong lps tu cabut naik atas tgk tv, adik plak kejap je tlg kacau lps tu layan ipad. Abag ni je setia dengan mummy. Hehehe..
Last wednesday buat choc chip cookies ni plak. Ni pun bahan x susah tak payah pakai mixer cuma dengan senduk kayu je. Oklah. Rasa pun ok sebab 1st time guna resipi ni.
Pembantu setia tetap disisi mummy. Hahaha.. Dia ni mmg kejenya melekat jek dgn mummy. Masa ni buat malam so kakak dah tido sbb esoknya nak sekolah.
Yang ini bukan kuih raya tapi popia untuk dimakan for berbuka or sahur. Ni feveret suami n aku jugak. Belajar buat popiah ni drpd mak mentua aku. Resipi dia simple n sedap. Sos yg dia ajar pun sedap. Terima kasih Ummi untuk resipi yang sedap ni.
Yang lecehnya nak buat popiah ni time nak menggulung tu. Sakit tengkuk. Huhuhu..
Itu sajelah cite projek buat kuih raya taun ni. Tayah buat byk2 sbb bukan ada org dtg umah sgt pun. Hehehe..