CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 22, 2011

Cambodia Trip - Siem Reap

Bersambung lagi psl Cambodia Trip.

Lepas 2 mlm kat pnom penh, ktorang gerak ke Siem Reap by road. Kami naik bas ekspres. VIP bus. ye ye or jek bunyik VIP. sebab dia 2 tingkat. bas pun mmg selesa. tingkat bwh bas utk letak brg. jgn terkejut, motor pun leh angkut naik bas okeh.terkejut beruk makk tgk dia angkut motor naik bas. sbb tu keseluruhan tingkat bwh bas utk letak brg. xde kusi. cuma tingkat atas je tempat duduk penumpang.

It took us around 6 hours utk sampai Siem Reap. Pjalanan pun sgt tenang n jalan pulak bukan hiway. jalan kampung.dapatlah tgk kampung2 sana. kiri kanan sawah padi. rumah2 kat sawah padi. kehidupan derang ada yang susah, susah sgt...Tetapiiii.....tgh2 jalan tu lps da dlm 4 jam lebih jalan, tiba2 terstop..tgk2 dpn tu da jem panjang gile...ktorang pun ingat mmg jem..tp pd derang itu da sgt pelik sbb x penah jd mcm tu..so driver pun kol2 sape2 xtau..rupanya kat belah dpn ada demonstrasi...ingatkan kat mesia je ada BERSIH time tu. sama hari rasanya masa tu..rupanya2 demonstrasi psl tanah kampung tu diambil oleh pembesar, so derang wat demonstrasi tu mintak dipulangkan balik lah..Mmg byk gile bas masa tu sbb tu satu2nya jalan yg hubungkan pnom penh dan siem reap.

Last2, sume bas2 yg ada decided utk exchane dgn bas yg dtg dr arah dpn. means exchange bus so that xdelah kena menunggu yg ntah bila akan setel tu. jadiknya ktorang pun turun la dr bas tu n kena jalan sikit ke depan untuk naik bas yg dtg dr arah btentangan..tgh2 panas okeh. dlm 500 meter gak la. kebetulan org2 kampung buat duit, sape yg xnk jalan naik je motor derang byr usd1. ktorang sume pun apa lagi, naik jek la drpd nak menapak tgh2 panas. lps da tukar tu sume, setelll...fuh, tu baru adventure namanya...seb baik x bwk budak2..

Sampai kat siem reap dlm ptg pukul 4pm kot. sampai je transport dr hotel da tgu kat bus station. then checked-in, rest dlm 1 jam lps tu ktorang kua balik utk lunch+dinner. masing2 kebulur sbb x lunch lg, bfst pun setakat roti n biskut jek b4 naik bas sbb bas pagi dlm pkl 8am.

Di Seam Reap :

Day 3 :

- Sampai kat siem reap petang. Makan n round2 kat Central Market. Tgk2 tshirt utk souvenir. para2 suami masing2 gile tgk backpack sbb murah yg amat. Aku beli luggage kat sini..haha..murah amats okeh..buat o utstation plus nak isi brg2 yg terlebih muatan tu...:)
- Lps tu apa lagi...spa dan spa...hahaha..aku wat full body massage amik yg traditional khmer massage, en suami n the gang buat thai massage. kay sbb mak buyong dia leh wat foot n shoulder massage jek. wansue plak yg foot massage.
- Lps tu balik hotel..zzzzzzz...

Day 4 :

- Pagi2 da gerak ke Angkor. Angkor is very big. ada lebih kurang dlm 200 temples dlm tu. tp ktorang cuma sempat melawat ke 4 temples sahaja sbb penat. Ktorang g ke Angkor Wat (yg paling femes), Bayon, Ta Promph (tempat shooting cite Tomb Raider) & The Elephant Terrace. Sume tu adalah tersangat cantik architecture dia. Aku salute la derang leh ukir kat batu tu. n setiap satu ukiran tu ada cerita dia. mcm menggambarkan keadaan masa tu. Tp aku ni bukanla peminat sejarah sgt. Yang seronok nya sbb byk spot cantik2 utk gambik gamba.
- Lps angkor, ktorang g ke 'the largest freshwater lake in South East Asia' named Tonle Sap. Its a floating village. ada gak keluarga islam. basically semua penduduk kg ni duduk atas sampan.rumah derang atas sampan okeh. daif..kesian tgk..bayangkan sampan dijadikan rumah n park kat tepi2 sebelum ke tonle sap yg besar gile tu. mmg nampak mcm laut tp sebenanya its a lake. kat situ kami tgk sunset. it was a perfect view. subhanallah, terpegun aku tgk tasik tu n sunset nya. Terasa insaf tgk floating village. semua ada, hospital, sekolah, kedai hardware ke runcit ke sume nya floating.
- lps tu kami balik ke town n dinner.
- Then ke Night Market and usha Pub Street. kat situ happening.

Day 5 :

- Aktiviti bebas. masa ni ikutla masing2 nak wat pe. derang semua lepak hotel je. as for us, tau2 je la en suami tersayang tu mana boleh skip meal. so ktorang kua dr hotel dlm pkl 10 lebih utk g cari makan.
- Lps tu round2 at Old Market. tgk2 situ ada la kain2 silk sana. ada thai silk, raw silk n cambodian silk. tp selai pun aku x beli. ntah ek sbb apa, maybe sbb xde geng yg sama kepala gile kain ni kot. wansue n kay jenis yg x heran kain2 ni..so aku pun jadi xde mood nak mengirai kain. lgpun agenda bukan utk shopping pun kan. jalan2 je dlm tu.
- Lps tu pegi ke Spa lagi..hahaha..mmg xde keje lain kan, asik spa memanjang..maklumlah mana nak dapat harga murah mcm kat sana tu..berbaloi2..kali ni ktorang bdua wat meni + pedi..hahahahha...best gilak..smp tertido...mmg sepanjang ari ke 5 adalah ari utk relax2...
- Lps tu balik hotel. aku kemas bag, en suami membuta. ptg tu kua balik utk cr derang kat town. call derang rupanya sume dok bertapa dlm spa. smp 3 jam lebih dok situ. rupanya derang siap wat mcm2 treatment, mana x berejam...hehehhe... lps tu jumpa utk g dinner sama2.
- Then derang nak wat last visit ke central market, ada yg nak buat last minit shopping belikan souvenir utk femili n frens.
- Balik hotel..packing. masing2 bag da beranak pinak..hehehhehe...

Day 6 :

- Early in the morning da bangun sbb flight pagi pkl 8.30am. check out n direct ke airport. Airport sana cantik. ala2 resort style. tenang jek tgk...
- Layan kerenah mamat kaunter aa yg kerek nak mampos tu. tgk kaunter lain rileks jek.. ni cerewet kena timbang bag betul2 yg hand carry plak nak tgk satu2 n timbang beg tu semua. sikit xleh lebih, aku tgk org kat kaunter sebelah tu rileks jek bawk bag beso as a hand carry..kecoh lebih...
- dlm flight masing2 tido sbb kepenatan n nak cepat sampai sbb da x sbr nak jumpa anak2 masing2...hehehhe...

Overall, mmg berbaloi2 la trip kali ni n we really had so much fun despite leaving kids behind. Takpe, bak kata en suami bln 5 aritu da bwk derang jalan kan, so kali ni bg can dada n mami jalan pulak..:)






Angkor Wat yg tersangat cantik. kagum sungguh dgn architecture dia..





masa ni wansue jalan lambat sgt sbb dia dgn hubs menilik satu2 archi building tu.ktorang da tinggalkan dia..heheh...





Tinggi wooo...







Tempat ktorang pijak tu kecik je ruang dia..tp mak buyong tu sanggup tu panjat semata2 nak spot cantik utk amik gamba...suami masing2 jd paparazzi...heheheh..






Tinggi woo dr bawah, tu pun en suami da zoom...sanggup aku panjat sbb cantik sgt spot ni..






Kat Bayon Temple. Bayon ni bentuk kebanyakannya adalah muka org, xtau muka sape. tp trademark bayon ni is muka org.





Ukiran batu tu cantik sgt, kemas. X silap tu gambaran masing2 tgh buat kerja masing2. mcm kiranya sumber ekonomi derang pada masa tu kot.







Ni pun ktorang panjat tangga yg curam n kecik je tapak tangga tu...tinggi yg amats...






Kat Ta Promph Temple tempat angelina jolie berlakon..temple ni pulak byk akar pokok menjalar atas batu temple ni. yg peliknya tgk cane akar pokok tu leh sokong pokok tu sbb suma atas batu temple ni..






Sunset at Tonle Sap Lake. Cantiknya...:)






Subhanallah....Indahnya ciptaan Allah...:)




Tamatlah sudah cerita pasal Cambodia Trip.. So, next year nak pegi mana plak utk trip kwn2 ni??ktorang nak jadikan as yearly trip....:)


Plannya nak return to Pnom Penh lagi tp lps tu ke Ho Chi Minh, Vietnam sebab dekat jugak dr sana, dlm 6 jam road transport. Ermmm menarik tu...:)






0 comments: