CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 20, 2013

Arash Si Penglipur Lara






Arash Naufal ni makin besar makin banyak cakap. Mulut tu becok sungguh, bercakap tak berenti. Dia lah pak lawak skang ni dalam family. Nampak jek  kenit tp si penglipur lara sbb dia suka wat lawak. Suka nyanyi, suka joget dan jugak suka mengamuk. Kalau dah mengamuk tu masyaallah tak sanggup nak dgr.

1st day je duduk nursery dia x nangis, lps2 tu dia nangis bila sampai je nursery tu. Kalau nk start isnin tu, ahad petang dah nangis da ckp xmo sekolah. Dia ckp xnak sekolah, nak duduk umah. Tp bila balik sekolah, siap lambai2 cikgu lagi. Konpius mommy.

Mulut tak berenti bcakap kalau dlm kete tu. Naik motor dgn Dada pun sama, bercakap jek. Loyar buruk. Aku tgk dia sebenanya aku nampak dia tu sebijik mcm Dada nya si en suami. Hubs pun nak marah xleh sbb dia ckp arash tu sebijik perangai mcm dia masa kecik2 dulu. Kuat mengamuk, sikit2 nangis. Tak bg barang sket nangis, lambat sket nangis. Nangis volume yg plg kuat plak tu. Pastu xnak mengalah dgn abang n kakak. Garang plak tu n panas baran. Mmg sebijik en suami lah sume perangai dia, dgn kelakarnya, dgn barannya. Huhuhu..

Ni balik sekolah ari2 ada je lagu baru yg dia nyanyi. Memula dulu lagu ABC, pastu lagu telefon berbunyi, pastu lagu tanya sama pokok, pastu lagu pukul berapa datuk harimau, semalam plak lagu kalau gembira tepuk tangan. 

Apa2 pun, semoga Arash membesar nanti, buang semua perangai yg x elok ya nak. Mommy n Dada sentiasa doakan yang baik2 untuk awak. Jangan bawak perangai kuat mengamuk tu smp ke besar nanti pening mommy nak layan 2 org dlm family yg perangai mcm tu. Cukupla mommy layan Dada awak sorang je yg perangai mcm tu. Huhuhuh..






0 comments: