CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 26, 2013

Ketaq Lutut






Baru dapat date utk intebiu aku dah ketaq lutut. Maklumlah taun ni dah kali ke 4 aku apply utk Masters Degree nih under JPA. If tak dapat jugak, mmg frust tertonggeng lah. Mana taknya, berkobar2 aku nak sambung study tp xd peluang lg. Belum rezeki kata orang. Yg penting, jgn putus asa ye dakk.




Sementara otak masih belum tepu sepenuhnya (wpun rasa2nya dah tepu dah) n memandangkan dah ada kemudahan dpn mata yg pihak gomen sediakan utk gomen staff, apa salahnya mencuba smp berjaya.

If berjaya dapat lah katakan nanti, bersyukur sebab akan dapat cuti bergaji penuh. Diulangi cuti bergaji penuh. Siapa yang taknak kan?? Dahla byk masa dgn anak2 kat rumah sebab kelas cuma dlm 3-4 kali seminggu, tapi akan busy dgn assignment and study group. Lain2 yg penting gaji dapat. Sape nak kasik kan?

If let say xd rezeki lagi taun ni, aku akan make sure aku kumpul duit sendiri n sambung study taun dpn guna duit sendiri n buat master scr part time. Masalahnya nk blaja part time, memerlukan effort yg sangat tinggi. Kena commit 120%.

Doa2 la byk2 semoga dapat sambung study under biasiswa HLP JPA ni ek. Aminnn.

*Dah kena start study proposal takut x dpt jwb time intebiu nanti*








Tuesday, June 25, 2013

Happy 7th Birthday My Darling Arissa

Happy birthday my baby Arissa Naureen! 

You're my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You never know dear
How much i love you
Please don't take my sunshine away

Mommy n Dada doakan arissa membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan beriman kepada Allah ya anakku. Jangan garang2 sangat dengan adik2 ok. Jadilah seorang kakak yang baik dan bukannya seorang kakak yang bossy. You're my only girl. Rose among the thorns. We always love you.




Arissa request nak kek rapunzel. So mommy pun tnykan auntie Lin OC boleh tak buatkan kek mcm tu, auntie lin ckp leceh nak pintal2 rambut tp sebab dia sayang arissa, dia sanggup buatkan. Hahaha..


Since jerebu yang teruk, arini wpun sekolah dah bukak, kami x bg arissa n aisy pegi sekolah sbb asap mcm tebal lg. still bau asap kuat. It's not safe for them. Tu yg dia x dpt nak distribute party pack kt kengkawan. Padahal malam tadi punyalah bersemangat isi party pack. Utk kwn2 kat sek keb dan sek agama. Esok je eh kakak kita  bg kwn2. 




Dada plak arini kena outstation lagi, tu yg pg2 arissa da bangun mandi sbb dia tau nak tiup lilin dengan Dada, dia xnk tgu ptg sbb nanti Dada xd katanya. Tu yg masing2 muka sembab je pagi2 dah nyanyi happy bday utk kakak. Aisy n Arash x sempat mandi.



 5 of us!




Dah masuk 7 tahun ni, alhamdulillah, Arissa mengaji dah naik al-quran. Tu pun ustazah yang mengajar ckp arissa jarang datang, if consistent datang every day dah jauh dah sebenanya. Skang ni br nak masuk juzuk 2. Nak  buat mcm mana, mummy busy. If outstation dah xdpt anta, kadang ptg balik keje if ada hal, pun x dpt anta arissa g ngaji. Takpela slowly eh sayang!

So far exam sek agama baru ni pun semua subject dia dapat A. Cuma ada 2 subject yg markah dlm 80++, yang lain alhamdulillah, 90 ke atas. Mummy n Dada bersyukur sangat dan sentiasa doa biar Arissa terang hati. Report card day hari  jumaat ni, saspen jugak ni nak tau apa komen ustazah dia. Utk sek keb plak, kami xtau sebab sistem KSSR yang baru ni, end of the year baru ada hari terbuka, time tu lah baru parents dapat tau performance anak2 mcm mana for the whole year. Aku tak berapa agree dgn sistem skang ni, sbb kita taktau tahap pencapaian anak kita. At least if kita tau, kita boleh la monitor dia kat rumah, yang mana kurang bolehla kita tumpukan biar jd ok. So mummy cuma boleh guide dia sikit2 je la dgn cara belikan buku latihan and soh dia buat. Especially weekend. At least every saturday morning mmg dia kena buat latihan tu semua before boleh relax tgk tv or jln2.




Last but not least, mummy nak kakak tau yg mummy akan cuba berikan yg terbaik utk awak. Harap Arissa lps ni rajin2 tlg mummy ya, jangan malas2 lagi. I love you!





Monday, June 24, 2013

Ngantuk

Ngantukknyaaaa!!!
Asik2 menguap jek arini. Nak minum, tak boleh sbb puasa. Inshaallah, semoga dipermudahkan Allah untuk urusan hari ini. Puasa nisfu syaaban.

Ngantuk ni gara2 mlm tadi dah tersyiokk sangat xleh nak stop plak baca novel TEDUHAN KASIH tu. Huhuhu.. Sudahnya pkl 1 lbh br tido, lps tu pkl 5 bangun sahur n dpt lelap stgh jam before bangun siap2 g keje subuh td.

Aku tak layan pun cite teduhan kasih tu sbb ntah ek, mcm x tertarik pun nk tgk cite tu. Tapi novel dia mmg best lah, trus aku rasa mcm start ptg ni nak tgkla cite tu. Hahahaha...





Wednesday, June 19, 2013

Kelas Buat Kek

Tetiba terasa2 mcm nak pegi kelas buat kek lak bila tgk gamba2 kek kat kitchenguardian.
Mcm menarik2 plak gamba2 dia. Teknik gambau ke ek.

Padahal dah lama dah kwn2 terdekat bergelumang dengan kek. Kwn aku drpd x pandai wat kek, skang ni dah jd cake maker berjaya dah, dah ramai customer dah n dah dikenali dgn OC nya.

Tapi bila tgk gamba kelas buat kek yg byk kt blog kitchenguardian tu wat aku mcm nak pegi belajar, so that kek yg simple2 aku dah pandai buat sendiri. Ni aku cuma pandai wat guna choc ganache nyatopping jek. If guna buttercream or fondant ke mmg haghammm x reti. At least bila pegi kelas, tau lah basic2 tu, jadikla nak buat kek last2 minit ke kan yg simple2. Untuk pengetahuan sendiri jek.

Nak gugel lah nnt mana2 kelas yang reasonable n kek mmg sedap. OC taknak buat kelas ke??? Hahahah...





Monday, June 17, 2013

Sabtu.Ahad


Sabtu :

Pagi lg aku dah buat groceries shopping. Meng'alone'kan diri. Senang dan pantas. En suami sampai dr Labuan around 11am. Then lepak kt umah je, dia main2 dgn anak2 yg dah lama dia x jumpa. Apa lagi, kalau dah dgn budak bujang berdua tu, main gado2 lah jwbnya. Sementara Arissa buat  revision kejap sambil tgk tv.

Dalam pkl 2pm kitorang keluar ke Semenyih, attending anak kwn aku punya bday party. Kwn rapat aku ms sekolah dulu. Budak EC. Teringat zaman sekolah kitorang selalu masuk spore sama2 jalan2. Memang rapat betul dulu ramai2. Tuisyen sama2. Lama x jumpa dia, borak2 mcm dulu. Skang ni bila jumpa rasa mcm da x sama mcm dulu2. Yelah sebab masing2 dah ada family n anak2. Rindu zaman sekolah!

Dr semenyih bawak budak2 ke Jusco Equine je sbb derang nak main playground. Asal jalan je mesti nak main playground tu. Layann lah sbb saje nk bg derang suka2. Bila dah penat, bwk derang mkn kat kenny rogers then balik umah.




Arash dengan rambut spike nya tak habis2 soh mummy snap gamba dia. Sekang ni dia sangatlah jadi pak lawaknya, loyar buruk n suke wat lawak. 


Malam tu plak lps maghrib, kami bdua plak dating keluar ke Empire. Bukanlah dating tp outing dgn BFF ku. Semua keluar x bwk anak2 sbb nak disscuss psl our next trip dengan tenang n celebrate bday june babies. Kay mmg betul2 bday dia sabtu tu, Wan Sue n Akma awal bulan june aritu. Kechik x dpt join sbb ada team building.

As usual, aku lah org first sampai. Sampai2 je terus g Whisk beli cupcakes utk nk tiup lilin nnt, Sedap gile cc dia, lembut. Lps tu trus g Chilis nk dinner situ kononnya, sekali tu boleh full lak, then kitorang turun ke Serai plak, pun full. Ole2 Bali pun full, sudahnya kitorang ke Madam Kwan jek. Seb baik situ waiter2 dia semua abang2 hensemm, boleh la cuci mata. Hahahaha..







Sampai2 je harusss lah amik gamba dulu. Ada org tu dpt bday present S4 lagiii dr suami tersayang. Untung badann. So tu yg aku x byk snap guna henfon aku sebab harusslah guna henfon yg plg canggih kameranya. Hehe.. Ni je sekeping yg ada gamba kitorang yg senonoh. Sbb suami2 yg tlg ambilkn gamba ni sabotaj  kitorang, amik gamba sume time kitorang belum ready. Chaittt.

Then, lps dinner at Madam Kwan, kitorang sambung berdiskas kat La Bodega sbb Madam Kwan tu close at 10.30pm. Cepat sgt. Memasing diskas psl itinerary trip nnt. Maklumlah ladies trip, so kecoh la kejap. Sorang nk soh wat itu, sorang nak soh wat ini. Yang pasti nnt bukannya shopping trip. Temanya adalah relaxing trip. Hahahaha.. 

Kitorang lepak2 smp la pkl 1am, trus balik umah zzzzz. Penat.




Just Us at La Bodega Empire. I love ya!


Red velvet cc. Waiter tu volunteer masukkan dalam plate n siap tulis nama. Lps tu tgu punya lama x keluar, rupanya derang ramai2 dtg table utk nyanyikan lagu, dah mcm dlm TGI plak rasanya. Seb baik bday girls x kena diri atas kusi.


Our food at Madam Kwan. Beef kueytiaw tu sedapppp. Tapi portion madam kwan ni utk 2 org makan kot, sbb semua byk2 aku tgk. Tak terabisss.


Ahad :

Pagi Arissa ada class. Lps dia hbs class tghri tu, amik mak aku kat KLIA. Dia dtg sini sebab ada appointment hospital. Lagipun Jumaat ni  kitorang nak g menghantar rombongan pengantin sepupu aku kat Kemaman. Lps ambik dia, terus ke OU untuk celebrate Father's Day. Makan kat Johnny's jek sbb en suami mmg nk makan kat situ. Legaa, jimat duit tayah kua duit mahal2. Hahaha.. Lps makan, masuk MPH bg derang baca buku, then balik umah. Xleh kua lama2 sbb isnin masing2 nak sekolah.

 


Budak2 dengan sepupu2. Lyssa n co pun join sbb derang nak jumpa nek wan. Masa lalu  kat candylicious nih, tetiba Arash ckp, "Mummy, amik gamba adik kat patung ni, adik belum lagi ambik gamba dengan patung ni". Hamboiiiii, demand nampak dikkk...






Friday, June 14, 2013

Stalker


Tak sangka blog ai yang x fofular langsung ni ada stalker uols. Tapi saya rasa stalker itu ada agenda lain. Agenda apa saya tidak tahu.
Kehadapan stalker yang tidak menyukai saya itu, saya tidak kisah jika anda membaca blog ini tetapi saya harap jangan lah anda semakin sakit hati dengan saya selepas membaca blog saya ini.

Tak suka senang je, sila tekan butang pangkah di atas belah kanan page ni ya. Jangan lah baca lagi dan lagi walaupun berdendam dengan saya, Sesungguhnya saya tidak pernah mengalami masalah dengan anda. Saya juga tidak pernah tidak menyukai anda sebagaimana anda tidak menyukai saya. Atas sebab apa saya tidak tahu. Oleh itu, sila jangan baca lagi blog saya yang boring ini.

Ini blog saya dan hak saya untuk bercerita mengenai apa saja tentang diri saya dan anak2 dan suami saya. anda tidak ada hak untuk bercerita semula tentang isi blog saya dan membicarakan bersama orang lain dan mengundang anasir2 tidak sihat.

Berkenaan apa2 tajuk yang saya bercerita di dalam blog, apa2 kisah, mana2 tempat yang saya pergi, itu adalah hak saya dan anak2 saya dan suami saya, anda tidak ada hak untuk mempertikaikannya. Saya pun bukan lah orang kaya yang hebat2. Jadi tidak ada apa yang menarik tentang saya untuk diperkatakan.
Insaflah, mengumpat tentang saya berdosa. Buatlah kerja lain lagi yang lebih berfaedah.

Sekian, mekasih.





Ganti Puasa Marathon

Last year tinggal puasa tak ingat sangat either 7 or 8 hari. So, kita nk ganti taun ni kita amik yg maks lah, sbb kalu x cukup bahaya, kalau lebih xpe, dpt pahala puasa sunat sekali.

This year dari awal taun, asiklah tangguh2 nak ganti puasa tu sampailah dah nak dekat sgt dgn ramadhan ni. Tu yg nak taknak kena buat marathon lah, ganti straight. Senang, cpt sikit habis.

This week start, but today cuti sebab jumaat ni waktu rehat panjang, nak g mkn sedap2. hahaha..
So far dptlah 4 hari, ada lagi 4 hari boleh sambung next week.

Kebetulan en suami outstation minggu ni seminggu xd kat umah, lagilah senang nak puasa sebab leh masak ikut tekak sendiri utk juadah berbuka sbb makan sorang je. Budak2 makan ptg n lauk derang bibik yg masakkan, cuma arissa je makan pedas, so dia makan lauk apa yg mummy nya makan.

Antara2 lauk berbuka kat bawah ni. Masak lebih sikit utk sahur esok paginya terus. Senang. Sahur dah tayah pk nk masak apa. Lauk semua masak yang simple2 n goreng2 je sbb nak lauk kampung gitu, selera sket makan dgn nasi panas2.


 
Pedal goreng bercili, kacang buncis oyster sauce n udang goreng.



Ayam masak lemak cili api pedas gile, cauliflower oyster sauce n telur dadar. Selera sungguh makan dgn nasi panas2 n pedas.



Semalam, anak2 soh beli pizza, Aisy nak pizza katanya. So dapur tutup lah xyah masak. Balik umah terus call order pizza delivery saje from dominos, Ssnang keje. Dalam 20 minit pizza yang diorder pun sampai. Pastu tekak terasa nak fruit tart lps tgk blog moon semalam pg. Trus call tghri tu, kebetulan tukang buat tart tu dok taman sebelah je, call n dia boleh amik order sgt2 last minute tu. Harga pun berpatutan. Tu yg ptg smlm gak amik. Bila dah makan, mak aii sedapppp. Alhamdulillah.

 

Semangat bola lah konon. Lps mandi trus kemaruk nk pakai jersey Johor n siap mafla. Lps semayang aku kua bilik tgk2 dia dah siap mcm nk g stadium. Haha. Lps tu soh aku snap gamba dia tgh mkn pizza dgn jerseynya. Hamboiiii.



Bila dah snap gamba abang, si adik pun nak jugak. Lambat je snap trus menjerit soh amik gamba dia cepat. Hoverr tau.

 

Kakak pun nak jugak. Sudahnya semua nak berposing dgn pizza jugak. Mmg suka bgambor mcm mummy. Hahaha..






Thursday, June 13, 2013

Disneyland HK


Cuti sekolah baru2 ni, alhamdulillah, rezeki anak2 dapat lah derang pegi ke disneyland hk. Actually, disneyland ni ialah tempat impian aku masa kecik2 dulu tp maklumlah time tu mak bapak aku bukannya org kaya boleh bwk kitorang ke disneyland. Pastu plak adik badik ramai, mmg tak merasalah. Cuma dgr je dr kwn2 sekolah aku yg kaya2 tu ada cite g disneyland time cuti sekolah. Best sgt dgr masa tu. Hasil penat lelah kami bekerja, dptla aku kumpul sikit duit utk bwk anak2 ke sini.

Alhamdulillah, syukur bila dah tua mcm ni, dapat gak bwk anak2 ke sini. Altho dpt pegi disneyland yg plg dekat dgn msia, jadiklaaa. Jadiknya, mummy yg excited lebih. Hehe.
Arash plak mmg suka dengan mickey mouse. Lagu kartun mickey tu dia dah hapal dah. Bila bgtau arash yg kitorang nk pegi disneyland jumpa mickey dia pun asikla tanya jek sebelum hari pegi tu, letih nak melayan.

Kami kat HK cuma 4D3N sebab mmg purposely nak pegi disneyland je bg anak2 enjoy. Mmg nak duduk hotel dlm disneyland resort tu, tu sebablah masa beli ticket mmg beli utk 4d3n je. Cuma lps da stay 2 mlm dlm disneyland, mlm yg last before balik kl, kitorang stay kat town HK.

Ticket as usual lah, AA jek la pilihan kami. Nak  murah punya psl, pd aku janji dah sampai tempat tu, flight xd masalah sbb x jauh sgt, lebih kurang dekat 4 jam je journey. So naik jek la AA tu, jimat. Hehe..

Flight dr kl dlm pkl 1.50pm. Ptg sampai sana terus kami ke hotel. We stayed at the Disney Hollywood Hotel. Booked for a sea view room sbb garden view dah full. Sea view room ni mahal sket dr garden view, tp berbaloi lah sbb mmg cantikla pemandangannya.



Cinta hati saya. Ni baru toucehd down HKIA. Cantik airport.


Sampai airport terus je naik ke tingkat 7 utk beli local simcard. Maklumlah fon aku x roaming. Yg roaming cuma fon hubs jek. Dia dah tayah nak g cr local simcard dah. Lps dah beli simcard, kami trus ke taxi stand utk naik cab ke hotel. Tak larat nak naik train sebab leceh dgn budak2 bertiga ni, luggage n stroller lg. Naik cab jek sudah.



Hotel aku dah booked awal thru fon. Seb baik aku call sebab bila tgk online seminggu sebelum tu, utk date yg aku nak tu dah fully booked. Panic kejap sbb if full, sure lah  kena stay kat disneyland hotel. Situ mahal sket dr hollywood hotel ni. Eh mahal banyakkkk... Tp masa tu fikir if dah xd choice, duduk jekla situ. But, lps call tu dpt tau ada lagi bilik kosong cuma seaview jek la, jadikla drpd xd. Booked for 2 nites. Masa mula2 call tu, dia ckp dia x accept debit card, hanya cc. Aku dah panic kejap sbb aku xd cc. Aku ckp dgn dia, so far aku guna debit card ni utk online purchasing semua ok je. Then dia ckp dia try, if boleh, bolehla, if x boleh, aku kena gak bg cc number. Tp nasib baik sgt masa tu ok, transaction successful. Legaaa mak!



Inilah bilik hotelnya. Kiut sangat2. Sume benda dlm hotel ni kiut2. Daripada butang lif  ada logo kepala mickey tu sampailah ke dalam bilik. Sampailah ke makanan kat cafe semua ada kepala mickey. Kiut miut! I is jakun u know!

 
Selipar ni pun ada gamba kepala mickey, harussslah bawak balik. Arash suka selipar ni, sebab kebetulan ada size plg kecik, dia ckp tu adik punyaaa!!



Datang hotel ni xyah bawak berus gigi pun xpe, dia ada bagi 3 berus gigi. Budak2 bertiga tu dan2 xmo pakai berus gigi yang bawak dari rumah, masing2 nak pakai berus gigi hotel. Dengan cawan2 mickey ni semua boleh angkut bawak balik. Best kann??


Luar hotel kami stay.


Malam tu kami dinner di hotel je, ambik buffet dinner at Chef Mickey Restaurant. Pun dah booked awal2 thru fon. Lps tu rehat kat bilik n tido sebab esok paginya nak bangun awal utk breakfsat bersama disney characters. Breakfast tu at Enchanted Garden Cafe at Disneyland Hotel. Dr hollywood hotel, kena naik shuttle bus ke hotel tu. Free je semua n dekat je dlm 5 minit dah sampai, Sebelah je pun sebenanya. Utk breakfast tu kena bayar lain, pd aku agak mahal compare dgn mknn yang ada yg boleh dimakan oleh muslim, tp yg plg best sebab tak payah berebut beratur panjang dalam park untuk bergambar dgn semua disney character. Derang akan datang ke setiap meja dan bgambar la sepuasnya. Kamera pun mmg staff dia dah awal2 mmg akan tlg amikkan, aku siap dgn henfon lg bg pd staff tu. Hehehe.. Mmg best sgt! Utk bfst ni, ada 2 session. Session 1 (7.30-9.00am) and Session 2 (9.30-11.00am). So kami pilih yg 1st session sebab taknak lambat masuk park. Park bukak pukul 10am, if amik session 2 nnt hbs lambat n masuk park pun lambat. Tu yg pg tu semua kena kerah bangun pagi lah jawabnya. Tp excited punya psl nak jumpa mickey, semua senang je bangun. Yg susah adalah si bapaknya. Hahaha..



Dah hbs breakfast, bergambar keliling hotel dulu, cantik sgt hotel tu, kami round2 ambik gamba. Sempatlah jugak aku memborong dalam merchandise store dia. Awal2 lg budak2 ni dah paw mak pak mereka! Kopak!


Terasa-rasa lagi kat tekak dengan waffle mickey yang sangat la rangupnya nih. Sila lah makan ini utk sesapa yang akan ke sana. Mmg sedap. Aku mkn ni je kot yg banyak.

 

Dialah character yg 1st sampai kat meja. Arash masa ni muka cuak plus teruja bl tgk chef pluto ni.


Mickey lah yg paling kami nanti2kan. Untung aisy dah tak takut mcm dulu. Dulu2 aisy ni amatlah penakut dengan sebarang maskot. Ingat lg dulu time g USS, gold coast sume dia menangis bl nk ambik gambar dgn maskot. Ni pun dr malam sebelum tu puas aku pesan aisy jgn takut, kang rugi dah dtg jauh2 langsung xnk amik gamba. Seb baik skang aisy dah berani, siap boleh pegang2 lg.


Daisy duck yg comel. Arissa ckp bulumata dia lentik sangat, cantik!


Masa ni, kami boleh lama sikit amik gamba sbb dia ni yg plg last  keluar. Byk keping gak lah dpt snap. Suka aisy dpt peluk dia.


Awal2 lg belum masuk park budak kecik ni dah paw mummy topi spiderman. Apa2 yg berkait spiderman mmg semua dia nak. Layann lah sekali sekala jek kan, bukan selalu. Trip ni pun mmg utk bg anak2 happy. So mummy kena redhooo jek lah duit kua mcm air.


Comeii cekak ni tp dia xnak beli sbb dia ckp mcm budak kecitt. Ewah, mcm la dah besar sgt dia nih, yg dia paw semuanya berunsurkan princess. Rantai, anting2, loket, buku, keychain semua dia nak. Yang geram tu buku tulis minnie pun dia nak, macamlah kat kl ni xd, padahal berlambak jek kat kedai buku sini.


Aisy dgn topi barunya. Yang aku geram sempat pakai sehari jek, sebab dia dah hilangkan masa parade. Masa tu dia dah letih sgt da sbb panas yg amat dlm disneyland tu, so masa dia  merengek2 ckp penat n ngantuk tu lah dia main letak je topi tu tepi tmpt duduk dia. Bila sedar, dtg balik kat situ, dah xd. Dah selamattt dah la. Untung sape dapat topi tu. Huhu. Nak marah pun tak guna. Redhoo jek laa.
 


Tempat wajib bergambar menandakan kami dah smp disneyland. Hehe..

 Park entrance. Haruss dijadikan frame gamba kat kepala mickey nih.Time kat sini mmg ada photog disneyland yg akan snap gamba kita. So if rasa2 nak gamba tu, g jek la beli kat kaunter gamba tu, if xnk xyah la beli. Kami beli sbb kenangan tanda kami dah sampai sini.



Flight of Fantasy Parade.


Sukaaa!!

 Performed tgh2 panas terik.



Arissa teruja tgk snow white tu n ada princess ariel the mermaid.

Lepas parade habis, kitorang singgah Corner Cafe at Mainstreet USA utk minum, mkn fries n roti, lps tu kami decided utk balik hotel dulu bg budak2 ni tido n mandi. Sebab panas yg amat masing2 dah melekit, letih semua dah. If sambung main kat park pun x guna sebab muka semua dah muka seposen. Kami pun balikla hotel dan datang balik untuk tgk fireworks. 1st day ni cuma dapat cover 3 parks je Tomorrowland, Fantasyland and Adventureland. Ada lagi 3 park sambung esoknya pulak. Kitorang beli tiket yg 2-day entrance. So, xdelah rushing sangat nak habiskan total 6 parks dlm disneyland ni. Lg2 plak dgn budak2 ni, manalah boleh rushing2 nanti x syok semua rides xleh naik. Bila ambik 2 days ni, puas hati sgt.



 Masing2 lps battery dah recharge, segar kemain. Mandi pun dah, terus soh mummy snap gamba dengan spec baru.



Arash pun kemain soh mummy snap dia berposing. Seb baik spec dia dgn aisy mmg bwk siap2 dr umah sbb tau dah derang bdua mmg kemana2 nak spec. Mcm kakak dah kena beli spec kat sana, sbb spec dia x bawak. Menyesal x bwk, sbb spec sana tu mahal. Tak sangka panas yg amat kat sana. Dia plak mmg jenis x suka pakai spec, tu yg tinggal. Sekali tu bl kat sana terpaksa gak beli. So, kepada sesapa yang nak pegi disneyland time musim panas, bawaklah topi n spec siap2 utk anak2 ya semoga x membazir duit kena beli dlm park.



Tak habis2 dgn pose gaya gini.Pose ultraman kononnya tu.



Comel comel comel sangat kusi pun bentuk kepala mickey! Rasa mcm nk bwk balik. Hahaha.. Masa ni tgh tunggu shuttle bus nak ke park balik utk tgk fireworks at sleeping beauty castle. Fireworks start pkl 8pm.



Arash dgn minnie mouse ni dah sama besor dah. 



Muka happy sbb dapat paw Dada beli pistol Ironmen ni. Budak kecik ni sgt obses dgn pistol. Kemana2 mmg nak bwk pistol. Dah berlambak menan pistol kt umah tu. Nak jadi polis katanyaaa. Layann lah dik oiii.



Pool dr bilik kami. Bilik mengadap laut. Nampak HK Island yg besar n bangunan tinggi2.

Esoknya masuk park balik pagi2 tu, pergi ke Tomorrowland dulu sbb nak naik roller coaster yg smlm x sempat nk naik. Arissa n Aisy je yg lepas height utk naik. Memula derang naik dgn Dada while Mummy jaga Arash. Lps tu derang naik Mummy plak n Dada jaga Arash. Best wooo... Mcm meneroka angkasa lepas. Dalam gelap. Arissa n Aisy langsung tak takut. Aku yg menjerit derang rileks jek mcm xd perasaan. Berani betol.

Lps tu kami ke Toystory Land, Mystic Point n Grizzly Gulch. Lunch kt cafe halal dalam Mystic Point. Dlm disneyland ada 2 halal restaurant, satu kat Tahitian Terrace dlm Adventureland and satu lagi tu lah dlm Mysticpoint tu. Mknn xdlah sedap mana pun, jadikla utk alas perut yang kebulur.
Lepas habis semua tu dlm pkl 3 kitorang pun keluar dr Disneyland untuk ke town HK. Sebelum balik tu, borong lg sikit merchandise.

Then balik hotel, amik luggage. Kami dah checkout awal2 masa pagi before masuk park tu n luggage simpan kat hotel. Hotel punya concierge very efficient. Amik luggage, naik cab terus ke hotel at kowloon. Malas nk naik train jugak sbb leceh nk berangkut2. Aku booked hotel Holiday Inn Golden Mile. Masa google, tgk hotel ni mmg betul2 kat town area. Mmg betul pun, turun je dah shopping mall n linta jalan je da MTR station. Amat senang. Mknn halal pun senang nak cari n sedap2 semuanya x mcm dlm disneyland. Sampai hotel petang tu, rileks. Then melayan budak2 mandi pool. Derang ni kemana2 mesti nak mandi pool. Geram tgk. Padahal dah selalu dah mandi pool kat sini. Tapi dah nak sgt, layankan jek la. Memandangkan kitorang pun xd plan nak bershopping. Mmg kali ni mood xd sgt nk shopping sbb bwk budak2 bertiga ni leceh, Kang br nak tgk barang, sorang  nk kencing lah, sorang nk berak lah, nak susu lah, penat lah. Sudahnya aku yg naik hangin nnt. Kesimpulannya, lupakan jek la niat tu.

Malam kua g tgk symphony of lights. Jalan kaki je from hotel. Tp budak2 tu dah penat lps 2 hari bjalan dlm disneyland, tu yg semua dah xd mood nak tgk lampu tu. Orang pun ramai, so kejap je lah kitorang tgk. Lps tu kitorang jalan cari kedai makan. Jumpa Ebeneezer Kebab, order pizza n beriyani. Sedapppp. Lps tu balik hotel n tido.



Bilik at Holiday Inn. Hotel kat HK ni mostly mahal2. If nak murah sikit ada tp bilik sempit sangat nanti berlaga bontot. Tu yg  mahal pun mahal lah, janji budak2 selesa n dekat dgn MTR access. If hotel murah sikit, jauh la plak dr tourist attraction.



Kemain lagi budak kenit sorang ni, bab berposing nombor satu. Happy betul semua yg dia nak, dpt.



Esok pagi nya. Last day in HK. Bersiap2 kua nk g mkn n jalan2.

Esok paginya kitorang kua utk jalan2. Flight balik KL malam, so sempatla jalan2 cuci mata. Cuma nak cr souvenir and En suami nak ke Hard Rock. Naiklah MTR ke Ladies Market at Mong Kok. Lps beli souvenir, terus ke hard rock plak. Senang je MTR dia, tp x child friendly sangat sbb lift n escalator tak semua station ada. Mana2 station yg xd, kami kenalah angkut stroller naik atas n budak2 jalan naik tangga. Tiloet pun xd ye kengkawan. Tak mcm LRT station kat sini sume ada toilet rasanya. Ke sama je. Aku pun bukan tau sgt sbb boleh dikira dgn jari bape kali je aku naik train kat kl ni.

Budak2 ni jakun sekejap dpt naik train. Sebab kat kl ni x merasa. Asik naik turun kete jek. MTR sangatla efficient service nya. Cepat n mmg tak sesat punyalah. Lps tu dah jalan2 tu, kitorang balik ke hotel balik ambik luggage n terus ke airport. Sampai airport, drop bag n ke city gate outlet. Naik cab jugak sbb nk cepat. City gate outlet mengecewakan aku sbb xd butik baju budak yg menarik. Dgn masa 1 jam je kitorang pun laju2 lah dlm citygate tu cuci mata. Aku plan nk cr baju budak jek yg pentingnya. Bj sendiri bila2 boleh beli. Tp dah xd, balik ke airport baliklah. Cuma sempat grab beli crocs jek utk budak2 nih. Sbb murah sikit dr harga kat kl ni.




Muka budak excited dapat naik train.

Sampai airport, kelang kabut boarding sbb mcm dah lambat. Tak dapat lah jalan2 dlm airport. Then naik lah plane n trus balik ke kl. Sampai LCCT dalam pkl 1am. Dlm flight budak2 ni dah tido, so bila smp LCCT mata masing2 segar bugar. Mcm bkn pkl 1 pg. Tunggu hubs ambik kete yang di park kat Tune Hotel, n terus balik umah.. Bestnyaaaa dapat tido kat katil sendiri. Itulah ceritera disneyland trip kami. Sekian, mekasih.



Berlari  main kesana ke sini bila dah smp LCCT.