CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 13, 2013

Disneyland HK


Cuti sekolah baru2 ni, alhamdulillah, rezeki anak2 dapat lah derang pegi ke disneyland hk. Actually, disneyland ni ialah tempat impian aku masa kecik2 dulu tp maklumlah time tu mak bapak aku bukannya org kaya boleh bwk kitorang ke disneyland. Pastu plak adik badik ramai, mmg tak merasalah. Cuma dgr je dr kwn2 sekolah aku yg kaya2 tu ada cite g disneyland time cuti sekolah. Best sgt dgr masa tu. Hasil penat lelah kami bekerja, dptla aku kumpul sikit duit utk bwk anak2 ke sini.

Alhamdulillah, syukur bila dah tua mcm ni, dapat gak bwk anak2 ke sini. Altho dpt pegi disneyland yg plg dekat dgn msia, jadiklaaa. Jadiknya, mummy yg excited lebih. Hehe.
Arash plak mmg suka dengan mickey mouse. Lagu kartun mickey tu dia dah hapal dah. Bila bgtau arash yg kitorang nk pegi disneyland jumpa mickey dia pun asikla tanya jek sebelum hari pegi tu, letih nak melayan.

Kami kat HK cuma 4D3N sebab mmg purposely nak pegi disneyland je bg anak2 enjoy. Mmg nak duduk hotel dlm disneyland resort tu, tu sebablah masa beli ticket mmg beli utk 4d3n je. Cuma lps da stay 2 mlm dlm disneyland, mlm yg last before balik kl, kitorang stay kat town HK.

Ticket as usual lah, AA jek la pilihan kami. Nak  murah punya psl, pd aku janji dah sampai tempat tu, flight xd masalah sbb x jauh sgt, lebih kurang dekat 4 jam je journey. So naik jek la AA tu, jimat. Hehe..

Flight dr kl dlm pkl 1.50pm. Ptg sampai sana terus kami ke hotel. We stayed at the Disney Hollywood Hotel. Booked for a sea view room sbb garden view dah full. Sea view room ni mahal sket dr garden view, tp berbaloi lah sbb mmg cantikla pemandangannya.



Cinta hati saya. Ni baru toucehd down HKIA. Cantik airport.


Sampai airport terus je naik ke tingkat 7 utk beli local simcard. Maklumlah fon aku x roaming. Yg roaming cuma fon hubs jek. Dia dah tayah nak g cr local simcard dah. Lps dah beli simcard, kami trus ke taxi stand utk naik cab ke hotel. Tak larat nak naik train sebab leceh dgn budak2 bertiga ni, luggage n stroller lg. Naik cab jek sudah.



Hotel aku dah booked awal thru fon. Seb baik aku call sebab bila tgk online seminggu sebelum tu, utk date yg aku nak tu dah fully booked. Panic kejap sbb if full, sure lah  kena stay kat disneyland hotel. Situ mahal sket dr hollywood hotel ni. Eh mahal banyakkkk... Tp masa tu fikir if dah xd choice, duduk jekla situ. But, lps call tu dpt tau ada lagi bilik kosong cuma seaview jek la, jadikla drpd xd. Booked for 2 nites. Masa mula2 call tu, dia ckp dia x accept debit card, hanya cc. Aku dah panic kejap sbb aku xd cc. Aku ckp dgn dia, so far aku guna debit card ni utk online purchasing semua ok je. Then dia ckp dia try, if boleh, bolehla, if x boleh, aku kena gak bg cc number. Tp nasib baik sgt masa tu ok, transaction successful. Legaaa mak!



Inilah bilik hotelnya. Kiut sangat2. Sume benda dlm hotel ni kiut2. Daripada butang lif  ada logo kepala mickey tu sampailah ke dalam bilik. Sampailah ke makanan kat cafe semua ada kepala mickey. Kiut miut! I is jakun u know!

 
Selipar ni pun ada gamba kepala mickey, harussslah bawak balik. Arash suka selipar ni, sebab kebetulan ada size plg kecik, dia ckp tu adik punyaaa!!



Datang hotel ni xyah bawak berus gigi pun xpe, dia ada bagi 3 berus gigi. Budak2 bertiga tu dan2 xmo pakai berus gigi yang bawak dari rumah, masing2 nak pakai berus gigi hotel. Dengan cawan2 mickey ni semua boleh angkut bawak balik. Best kann??


Luar hotel kami stay.


Malam tu kami dinner di hotel je, ambik buffet dinner at Chef Mickey Restaurant. Pun dah booked awal2 thru fon. Lps tu rehat kat bilik n tido sebab esok paginya nak bangun awal utk breakfsat bersama disney characters. Breakfast tu at Enchanted Garden Cafe at Disneyland Hotel. Dr hollywood hotel, kena naik shuttle bus ke hotel tu. Free je semua n dekat je dlm 5 minit dah sampai, Sebelah je pun sebenanya. Utk breakfast tu kena bayar lain, pd aku agak mahal compare dgn mknn yang ada yg boleh dimakan oleh muslim, tp yg plg best sebab tak payah berebut beratur panjang dalam park untuk bergambar dgn semua disney character. Derang akan datang ke setiap meja dan bgambar la sepuasnya. Kamera pun mmg staff dia dah awal2 mmg akan tlg amikkan, aku siap dgn henfon lg bg pd staff tu. Hehehe.. Mmg best sgt! Utk bfst ni, ada 2 session. Session 1 (7.30-9.00am) and Session 2 (9.30-11.00am). So kami pilih yg 1st session sebab taknak lambat masuk park. Park bukak pukul 10am, if amik session 2 nnt hbs lambat n masuk park pun lambat. Tu yg pg tu semua kena kerah bangun pagi lah jawabnya. Tp excited punya psl nak jumpa mickey, semua senang je bangun. Yg susah adalah si bapaknya. Hahaha..



Dah hbs breakfast, bergambar keliling hotel dulu, cantik sgt hotel tu, kami round2 ambik gamba. Sempatlah jugak aku memborong dalam merchandise store dia. Awal2 lg budak2 ni dah paw mak pak mereka! Kopak!


Terasa-rasa lagi kat tekak dengan waffle mickey yang sangat la rangupnya nih. Sila lah makan ini utk sesapa yang akan ke sana. Mmg sedap. Aku mkn ni je kot yg banyak.

 

Dialah character yg 1st sampai kat meja. Arash masa ni muka cuak plus teruja bl tgk chef pluto ni.


Mickey lah yg paling kami nanti2kan. Untung aisy dah tak takut mcm dulu. Dulu2 aisy ni amatlah penakut dengan sebarang maskot. Ingat lg dulu time g USS, gold coast sume dia menangis bl nk ambik gambar dgn maskot. Ni pun dr malam sebelum tu puas aku pesan aisy jgn takut, kang rugi dah dtg jauh2 langsung xnk amik gamba. Seb baik skang aisy dah berani, siap boleh pegang2 lg.


Daisy duck yg comel. Arissa ckp bulumata dia lentik sangat, cantik!


Masa ni, kami boleh lama sikit amik gamba sbb dia ni yg plg last  keluar. Byk keping gak lah dpt snap. Suka aisy dpt peluk dia.


Awal2 lg belum masuk park budak kecik ni dah paw mummy topi spiderman. Apa2 yg berkait spiderman mmg semua dia nak. Layann lah sekali sekala jek kan, bukan selalu. Trip ni pun mmg utk bg anak2 happy. So mummy kena redhooo jek lah duit kua mcm air.


Comeii cekak ni tp dia xnak beli sbb dia ckp mcm budak kecitt. Ewah, mcm la dah besar sgt dia nih, yg dia paw semuanya berunsurkan princess. Rantai, anting2, loket, buku, keychain semua dia nak. Yang geram tu buku tulis minnie pun dia nak, macamlah kat kl ni xd, padahal berlambak jek kat kedai buku sini.


Aisy dgn topi barunya. Yang aku geram sempat pakai sehari jek, sebab dia dah hilangkan masa parade. Masa tu dia dah letih sgt da sbb panas yg amat dlm disneyland tu, so masa dia  merengek2 ckp penat n ngantuk tu lah dia main letak je topi tu tepi tmpt duduk dia. Bila sedar, dtg balik kat situ, dah xd. Dah selamattt dah la. Untung sape dapat topi tu. Huhu. Nak marah pun tak guna. Redhoo jek laa.
 


Tempat wajib bergambar menandakan kami dah smp disneyland. Hehe..

 Park entrance. Haruss dijadikan frame gamba kat kepala mickey nih.Time kat sini mmg ada photog disneyland yg akan snap gamba kita. So if rasa2 nak gamba tu, g jek la beli kat kaunter gamba tu, if xnk xyah la beli. Kami beli sbb kenangan tanda kami dah sampai sini.



Flight of Fantasy Parade.


Sukaaa!!

 Performed tgh2 panas terik.



Arissa teruja tgk snow white tu n ada princess ariel the mermaid.

Lepas parade habis, kitorang singgah Corner Cafe at Mainstreet USA utk minum, mkn fries n roti, lps tu kami decided utk balik hotel dulu bg budak2 ni tido n mandi. Sebab panas yg amat masing2 dah melekit, letih semua dah. If sambung main kat park pun x guna sebab muka semua dah muka seposen. Kami pun balikla hotel dan datang balik untuk tgk fireworks. 1st day ni cuma dapat cover 3 parks je Tomorrowland, Fantasyland and Adventureland. Ada lagi 3 park sambung esoknya pulak. Kitorang beli tiket yg 2-day entrance. So, xdelah rushing sangat nak habiskan total 6 parks dlm disneyland ni. Lg2 plak dgn budak2 ni, manalah boleh rushing2 nanti x syok semua rides xleh naik. Bila ambik 2 days ni, puas hati sgt.



 Masing2 lps battery dah recharge, segar kemain. Mandi pun dah, terus soh mummy snap gamba dengan spec baru.



Arash pun kemain soh mummy snap dia berposing. Seb baik spec dia dgn aisy mmg bwk siap2 dr umah sbb tau dah derang bdua mmg kemana2 nak spec. Mcm kakak dah kena beli spec kat sana, sbb spec dia x bawak. Menyesal x bwk, sbb spec sana tu mahal. Tak sangka panas yg amat kat sana. Dia plak mmg jenis x suka pakai spec, tu yg tinggal. Sekali tu bl kat sana terpaksa gak beli. So, kepada sesapa yang nak pegi disneyland time musim panas, bawaklah topi n spec siap2 utk anak2 ya semoga x membazir duit kena beli dlm park.



Tak habis2 dgn pose gaya gini.Pose ultraman kononnya tu.



Comel comel comel sangat kusi pun bentuk kepala mickey! Rasa mcm nk bwk balik. Hahaha.. Masa ni tgh tunggu shuttle bus nak ke park balik utk tgk fireworks at sleeping beauty castle. Fireworks start pkl 8pm.



Arash dgn minnie mouse ni dah sama besor dah. 



Muka happy sbb dapat paw Dada beli pistol Ironmen ni. Budak kecik ni sgt obses dgn pistol. Kemana2 mmg nak bwk pistol. Dah berlambak menan pistol kt umah tu. Nak jadi polis katanyaaa. Layann lah dik oiii.



Pool dr bilik kami. Bilik mengadap laut. Nampak HK Island yg besar n bangunan tinggi2.

Esoknya masuk park balik pagi2 tu, pergi ke Tomorrowland dulu sbb nak naik roller coaster yg smlm x sempat nk naik. Arissa n Aisy je yg lepas height utk naik. Memula derang naik dgn Dada while Mummy jaga Arash. Lps tu derang naik Mummy plak n Dada jaga Arash. Best wooo... Mcm meneroka angkasa lepas. Dalam gelap. Arissa n Aisy langsung tak takut. Aku yg menjerit derang rileks jek mcm xd perasaan. Berani betol.

Lps tu kami ke Toystory Land, Mystic Point n Grizzly Gulch. Lunch kt cafe halal dalam Mystic Point. Dlm disneyland ada 2 halal restaurant, satu kat Tahitian Terrace dlm Adventureland and satu lagi tu lah dlm Mysticpoint tu. Mknn xdlah sedap mana pun, jadikla utk alas perut yang kebulur.
Lepas habis semua tu dlm pkl 3 kitorang pun keluar dr Disneyland untuk ke town HK. Sebelum balik tu, borong lg sikit merchandise.

Then balik hotel, amik luggage. Kami dah checkout awal2 masa pagi before masuk park tu n luggage simpan kat hotel. Hotel punya concierge very efficient. Amik luggage, naik cab terus ke hotel at kowloon. Malas nk naik train jugak sbb leceh nk berangkut2. Aku booked hotel Holiday Inn Golden Mile. Masa google, tgk hotel ni mmg betul2 kat town area. Mmg betul pun, turun je dah shopping mall n linta jalan je da MTR station. Amat senang. Mknn halal pun senang nak cari n sedap2 semuanya x mcm dlm disneyland. Sampai hotel petang tu, rileks. Then melayan budak2 mandi pool. Derang ni kemana2 mesti nak mandi pool. Geram tgk. Padahal dah selalu dah mandi pool kat sini. Tapi dah nak sgt, layankan jek la. Memandangkan kitorang pun xd plan nak bershopping. Mmg kali ni mood xd sgt nk shopping sbb bwk budak2 bertiga ni leceh, Kang br nak tgk barang, sorang  nk kencing lah, sorang nk berak lah, nak susu lah, penat lah. Sudahnya aku yg naik hangin nnt. Kesimpulannya, lupakan jek la niat tu.

Malam kua g tgk symphony of lights. Jalan kaki je from hotel. Tp budak2 tu dah penat lps 2 hari bjalan dlm disneyland, tu yg semua dah xd mood nak tgk lampu tu. Orang pun ramai, so kejap je lah kitorang tgk. Lps tu kitorang jalan cari kedai makan. Jumpa Ebeneezer Kebab, order pizza n beriyani. Sedapppp. Lps tu balik hotel n tido.



Bilik at Holiday Inn. Hotel kat HK ni mostly mahal2. If nak murah sikit ada tp bilik sempit sangat nanti berlaga bontot. Tu yg  mahal pun mahal lah, janji budak2 selesa n dekat dgn MTR access. If hotel murah sikit, jauh la plak dr tourist attraction.



Kemain lagi budak kenit sorang ni, bab berposing nombor satu. Happy betul semua yg dia nak, dpt.



Esok pagi nya. Last day in HK. Bersiap2 kua nk g mkn n jalan2.

Esok paginya kitorang kua utk jalan2. Flight balik KL malam, so sempatla jalan2 cuci mata. Cuma nak cr souvenir and En suami nak ke Hard Rock. Naiklah MTR ke Ladies Market at Mong Kok. Lps beli souvenir, terus ke hard rock plak. Senang je MTR dia, tp x child friendly sangat sbb lift n escalator tak semua station ada. Mana2 station yg xd, kami kenalah angkut stroller naik atas n budak2 jalan naik tangga. Tiloet pun xd ye kengkawan. Tak mcm LRT station kat sini sume ada toilet rasanya. Ke sama je. Aku pun bukan tau sgt sbb boleh dikira dgn jari bape kali je aku naik train kat kl ni.

Budak2 ni jakun sekejap dpt naik train. Sebab kat kl ni x merasa. Asik naik turun kete jek. MTR sangatla efficient service nya. Cepat n mmg tak sesat punyalah. Lps tu dah jalan2 tu, kitorang balik ke hotel balik ambik luggage n terus ke airport. Sampai airport, drop bag n ke city gate outlet. Naik cab jugak sbb nk cepat. City gate outlet mengecewakan aku sbb xd butik baju budak yg menarik. Dgn masa 1 jam je kitorang pun laju2 lah dlm citygate tu cuci mata. Aku plan nk cr baju budak jek yg pentingnya. Bj sendiri bila2 boleh beli. Tp dah xd, balik ke airport baliklah. Cuma sempat grab beli crocs jek utk budak2 nih. Sbb murah sikit dr harga kat kl ni.




Muka budak excited dapat naik train.

Sampai airport, kelang kabut boarding sbb mcm dah lambat. Tak dapat lah jalan2 dlm airport. Then naik lah plane n trus balik ke kl. Sampai LCCT dalam pkl 1am. Dlm flight budak2 ni dah tido, so bila smp LCCT mata masing2 segar bugar. Mcm bkn pkl 1 pg. Tunggu hubs ambik kete yang di park kat Tune Hotel, n terus balik umah.. Bestnyaaaa dapat tido kat katil sendiri. Itulah ceritera disneyland trip kami. Sekian, mekasih.



Berlari  main kesana ke sini bila dah smp LCCT.





0 comments: