CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 17, 2013

Sabtu.Ahad


Sabtu :

Pagi lg aku dah buat groceries shopping. Meng'alone'kan diri. Senang dan pantas. En suami sampai dr Labuan around 11am. Then lepak kt umah je, dia main2 dgn anak2 yg dah lama dia x jumpa. Apa lagi, kalau dah dgn budak bujang berdua tu, main gado2 lah jwbnya. Sementara Arissa buat  revision kejap sambil tgk tv.

Dalam pkl 2pm kitorang keluar ke Semenyih, attending anak kwn aku punya bday party. Kwn rapat aku ms sekolah dulu. Budak EC. Teringat zaman sekolah kitorang selalu masuk spore sama2 jalan2. Memang rapat betul dulu ramai2. Tuisyen sama2. Lama x jumpa dia, borak2 mcm dulu. Skang ni bila jumpa rasa mcm da x sama mcm dulu2. Yelah sebab masing2 dah ada family n anak2. Rindu zaman sekolah!

Dr semenyih bawak budak2 ke Jusco Equine je sbb derang nak main playground. Asal jalan je mesti nak main playground tu. Layann lah sbb saje nk bg derang suka2. Bila dah penat, bwk derang mkn kat kenny rogers then balik umah.




Arash dengan rambut spike nya tak habis2 soh mummy snap gamba dia. Sekang ni dia sangatlah jadi pak lawaknya, loyar buruk n suke wat lawak. 


Malam tu plak lps maghrib, kami bdua plak dating keluar ke Empire. Bukanlah dating tp outing dgn BFF ku. Semua keluar x bwk anak2 sbb nak disscuss psl our next trip dengan tenang n celebrate bday june babies. Kay mmg betul2 bday dia sabtu tu, Wan Sue n Akma awal bulan june aritu. Kechik x dpt join sbb ada team building.

As usual, aku lah org first sampai. Sampai2 je terus g Whisk beli cupcakes utk nk tiup lilin nnt, Sedap gile cc dia, lembut. Lps tu trus g Chilis nk dinner situ kononnya, sekali tu boleh full lak, then kitorang turun ke Serai plak, pun full. Ole2 Bali pun full, sudahnya kitorang ke Madam Kwan jek. Seb baik situ waiter2 dia semua abang2 hensemm, boleh la cuci mata. Hahahaha..







Sampai2 je harusss lah amik gamba dulu. Ada org tu dpt bday present S4 lagiii dr suami tersayang. Untung badann. So tu yg aku x byk snap guna henfon aku sebab harusslah guna henfon yg plg canggih kameranya. Hehe.. Ni je sekeping yg ada gamba kitorang yg senonoh. Sbb suami2 yg tlg ambilkn gamba ni sabotaj  kitorang, amik gamba sume time kitorang belum ready. Chaittt.

Then, lps dinner at Madam Kwan, kitorang sambung berdiskas kat La Bodega sbb Madam Kwan tu close at 10.30pm. Cepat sgt. Memasing diskas psl itinerary trip nnt. Maklumlah ladies trip, so kecoh la kejap. Sorang nk soh wat itu, sorang nak soh wat ini. Yang pasti nnt bukannya shopping trip. Temanya adalah relaxing trip. Hahahaha.. 

Kitorang lepak2 smp la pkl 1am, trus balik umah zzzzz. Penat.




Just Us at La Bodega Empire. I love ya!


Red velvet cc. Waiter tu volunteer masukkan dalam plate n siap tulis nama. Lps tu tgu punya lama x keluar, rupanya derang ramai2 dtg table utk nyanyikan lagu, dah mcm dlm TGI plak rasanya. Seb baik bday girls x kena diri atas kusi.


Our food at Madam Kwan. Beef kueytiaw tu sedapppp. Tapi portion madam kwan ni utk 2 org makan kot, sbb semua byk2 aku tgk. Tak terabisss.


Ahad :

Pagi Arissa ada class. Lps dia hbs class tghri tu, amik mak aku kat KLIA. Dia dtg sini sebab ada appointment hospital. Lagipun Jumaat ni  kitorang nak g menghantar rombongan pengantin sepupu aku kat Kemaman. Lps ambik dia, terus ke OU untuk celebrate Father's Day. Makan kat Johnny's jek sbb en suami mmg nk makan kat situ. Legaa, jimat duit tayah kua duit mahal2. Hahaha.. Lps makan, masuk MPH bg derang baca buku, then balik umah. Xleh kua lama2 sbb isnin masing2 nak sekolah.

 


Budak2 dengan sepupu2. Lyssa n co pun join sbb derang nak jumpa nek wan. Masa lalu  kat candylicious nih, tetiba Arash ckp, "Mummy, amik gamba adik kat patung ni, adik belum lagi ambik gamba dengan patung ni". Hamboiiiii, demand nampak dikkk...






Friday, June 14, 2013

Stalker


Tak sangka blog ai yang x fofular langsung ni ada stalker uols. Tapi saya rasa stalker itu ada agenda lain. Agenda apa saya tidak tahu.
Kehadapan stalker yang tidak menyukai saya itu, saya tidak kisah jika anda membaca blog ini tetapi saya harap jangan lah anda semakin sakit hati dengan saya selepas membaca blog saya ini.

Tak suka senang je, sila tekan butang pangkah di atas belah kanan page ni ya. Jangan lah baca lagi dan lagi walaupun berdendam dengan saya, Sesungguhnya saya tidak pernah mengalami masalah dengan anda. Saya juga tidak pernah tidak menyukai anda sebagaimana anda tidak menyukai saya. Atas sebab apa saya tidak tahu. Oleh itu, sila jangan baca lagi blog saya yang boring ini.

Ini blog saya dan hak saya untuk bercerita mengenai apa saja tentang diri saya dan anak2 dan suami saya. anda tidak ada hak untuk bercerita semula tentang isi blog saya dan membicarakan bersama orang lain dan mengundang anasir2 tidak sihat.

Berkenaan apa2 tajuk yang saya bercerita di dalam blog, apa2 kisah, mana2 tempat yang saya pergi, itu adalah hak saya dan anak2 saya dan suami saya, anda tidak ada hak untuk mempertikaikannya. Saya pun bukan lah orang kaya yang hebat2. Jadi tidak ada apa yang menarik tentang saya untuk diperkatakan.
Insaflah, mengumpat tentang saya berdosa. Buatlah kerja lain lagi yang lebih berfaedah.

Sekian, mekasih.





Ganti Puasa Marathon

Last year tinggal puasa tak ingat sangat either 7 or 8 hari. So, kita nk ganti taun ni kita amik yg maks lah, sbb kalu x cukup bahaya, kalau lebih xpe, dpt pahala puasa sunat sekali.

This year dari awal taun, asiklah tangguh2 nak ganti puasa tu sampailah dah nak dekat sgt dgn ramadhan ni. Tu yg nak taknak kena buat marathon lah, ganti straight. Senang, cpt sikit habis.

This week start, but today cuti sebab jumaat ni waktu rehat panjang, nak g mkn sedap2. hahaha..
So far dptlah 4 hari, ada lagi 4 hari boleh sambung next week.

Kebetulan en suami outstation minggu ni seminggu xd kat umah, lagilah senang nak puasa sebab leh masak ikut tekak sendiri utk juadah berbuka sbb makan sorang je. Budak2 makan ptg n lauk derang bibik yg masakkan, cuma arissa je makan pedas, so dia makan lauk apa yg mummy nya makan.

Antara2 lauk berbuka kat bawah ni. Masak lebih sikit utk sahur esok paginya terus. Senang. Sahur dah tayah pk nk masak apa. Lauk semua masak yang simple2 n goreng2 je sbb nak lauk kampung gitu, selera sket makan dgn nasi panas2.


 
Pedal goreng bercili, kacang buncis oyster sauce n udang goreng.



Ayam masak lemak cili api pedas gile, cauliflower oyster sauce n telur dadar. Selera sungguh makan dgn nasi panas2 n pedas.



Semalam, anak2 soh beli pizza, Aisy nak pizza katanya. So dapur tutup lah xyah masak. Balik umah terus call order pizza delivery saje from dominos, Ssnang keje. Dalam 20 minit pizza yang diorder pun sampai. Pastu tekak terasa nak fruit tart lps tgk blog moon semalam pg. Trus call tghri tu, kebetulan tukang buat tart tu dok taman sebelah je, call n dia boleh amik order sgt2 last minute tu. Harga pun berpatutan. Tu yg ptg smlm gak amik. Bila dah makan, mak aii sedapppp. Alhamdulillah.

 

Semangat bola lah konon. Lps mandi trus kemaruk nk pakai jersey Johor n siap mafla. Lps semayang aku kua bilik tgk2 dia dah siap mcm nk g stadium. Haha. Lps tu soh aku snap gamba dia tgh mkn pizza dgn jerseynya. Hamboiiii.



Bila dah snap gamba abang, si adik pun nak jugak. Lambat je snap trus menjerit soh amik gamba dia cepat. Hoverr tau.

 

Kakak pun nak jugak. Sudahnya semua nak berposing dgn pizza jugak. Mmg suka bgambor mcm mummy. Hahaha..






Thursday, June 13, 2013

Disneyland HK


Cuti sekolah baru2 ni, alhamdulillah, rezeki anak2 dapat lah derang pegi ke disneyland hk. Actually, disneyland ni ialah tempat impian aku masa kecik2 dulu tp maklumlah time tu mak bapak aku bukannya org kaya boleh bwk kitorang ke disneyland. Pastu plak adik badik ramai, mmg tak merasalah. Cuma dgr je dr kwn2 sekolah aku yg kaya2 tu ada cite g disneyland time cuti sekolah. Best sgt dgr masa tu. Hasil penat lelah kami bekerja, dptla aku kumpul sikit duit utk bwk anak2 ke sini.

Alhamdulillah, syukur bila dah tua mcm ni, dapat gak bwk anak2 ke sini. Altho dpt pegi disneyland yg plg dekat dgn msia, jadiklaaa. Jadiknya, mummy yg excited lebih. Hehe.
Arash plak mmg suka dengan mickey mouse. Lagu kartun mickey tu dia dah hapal dah. Bila bgtau arash yg kitorang nk pegi disneyland jumpa mickey dia pun asikla tanya jek sebelum hari pegi tu, letih nak melayan.

Kami kat HK cuma 4D3N sebab mmg purposely nak pegi disneyland je bg anak2 enjoy. Mmg nak duduk hotel dlm disneyland resort tu, tu sebablah masa beli ticket mmg beli utk 4d3n je. Cuma lps da stay 2 mlm dlm disneyland, mlm yg last before balik kl, kitorang stay kat town HK.

Ticket as usual lah, AA jek la pilihan kami. Nak  murah punya psl, pd aku janji dah sampai tempat tu, flight xd masalah sbb x jauh sgt, lebih kurang dekat 4 jam je journey. So naik jek la AA tu, jimat. Hehe..

Flight dr kl dlm pkl 1.50pm. Ptg sampai sana terus kami ke hotel. We stayed at the Disney Hollywood Hotel. Booked for a sea view room sbb garden view dah full. Sea view room ni mahal sket dr garden view, tp berbaloi lah sbb mmg cantikla pemandangannya.



Cinta hati saya. Ni baru toucehd down HKIA. Cantik airport.


Sampai airport terus je naik ke tingkat 7 utk beli local simcard. Maklumlah fon aku x roaming. Yg roaming cuma fon hubs jek. Dia dah tayah nak g cr local simcard dah. Lps dah beli simcard, kami trus ke taxi stand utk naik cab ke hotel. Tak larat nak naik train sebab leceh dgn budak2 bertiga ni, luggage n stroller lg. Naik cab jek sudah.



Hotel aku dah booked awal thru fon. Seb baik aku call sebab bila tgk online seminggu sebelum tu, utk date yg aku nak tu dah fully booked. Panic kejap sbb if full, sure lah  kena stay kat disneyland hotel. Situ mahal sket dr hollywood hotel ni. Eh mahal banyakkkk... Tp masa tu fikir if dah xd choice, duduk jekla situ. But, lps call tu dpt tau ada lagi bilik kosong cuma seaview jek la, jadikla drpd xd. Booked for 2 nites. Masa mula2 call tu, dia ckp dia x accept debit card, hanya cc. Aku dah panic kejap sbb aku xd cc. Aku ckp dgn dia, so far aku guna debit card ni utk online purchasing semua ok je. Then dia ckp dia try, if boleh, bolehla, if x boleh, aku kena gak bg cc number. Tp nasib baik sgt masa tu ok, transaction successful. Legaaa mak!



Inilah bilik hotelnya. Kiut sangat2. Sume benda dlm hotel ni kiut2. Daripada butang lif  ada logo kepala mickey tu sampailah ke dalam bilik. Sampailah ke makanan kat cafe semua ada kepala mickey. Kiut miut! I is jakun u know!

 
Selipar ni pun ada gamba kepala mickey, harussslah bawak balik. Arash suka selipar ni, sebab kebetulan ada size plg kecik, dia ckp tu adik punyaaa!!



Datang hotel ni xyah bawak berus gigi pun xpe, dia ada bagi 3 berus gigi. Budak2 bertiga tu dan2 xmo pakai berus gigi yang bawak dari rumah, masing2 nak pakai berus gigi hotel. Dengan cawan2 mickey ni semua boleh angkut bawak balik. Best kann??


Luar hotel kami stay.


Malam tu kami dinner di hotel je, ambik buffet dinner at Chef Mickey Restaurant. Pun dah booked awal2 thru fon. Lps tu rehat kat bilik n tido sebab esok paginya nak bangun awal utk breakfsat bersama disney characters. Breakfast tu at Enchanted Garden Cafe at Disneyland Hotel. Dr hollywood hotel, kena naik shuttle bus ke hotel tu. Free je semua n dekat je dlm 5 minit dah sampai, Sebelah je pun sebenanya. Utk breakfast tu kena bayar lain, pd aku agak mahal compare dgn mknn yang ada yg boleh dimakan oleh muslim, tp yg plg best sebab tak payah berebut beratur panjang dalam park untuk bergambar dgn semua disney character. Derang akan datang ke setiap meja dan bgambar la sepuasnya. Kamera pun mmg staff dia dah awal2 mmg akan tlg amikkan, aku siap dgn henfon lg bg pd staff tu. Hehehe.. Mmg best sgt! Utk bfst ni, ada 2 session. Session 1 (7.30-9.00am) and Session 2 (9.30-11.00am). So kami pilih yg 1st session sebab taknak lambat masuk park. Park bukak pukul 10am, if amik session 2 nnt hbs lambat n masuk park pun lambat. Tu yg pg tu semua kena kerah bangun pagi lah jawabnya. Tp excited punya psl nak jumpa mickey, semua senang je bangun. Yg susah adalah si bapaknya. Hahaha..



Dah hbs breakfast, bergambar keliling hotel dulu, cantik sgt hotel tu, kami round2 ambik gamba. Sempatlah jugak aku memborong dalam merchandise store dia. Awal2 lg budak2 ni dah paw mak pak mereka! Kopak!


Terasa-rasa lagi kat tekak dengan waffle mickey yang sangat la rangupnya nih. Sila lah makan ini utk sesapa yang akan ke sana. Mmg sedap. Aku mkn ni je kot yg banyak.

 

Dialah character yg 1st sampai kat meja. Arash masa ni muka cuak plus teruja bl tgk chef pluto ni.


Mickey lah yg paling kami nanti2kan. Untung aisy dah tak takut mcm dulu. Dulu2 aisy ni amatlah penakut dengan sebarang maskot. Ingat lg dulu time g USS, gold coast sume dia menangis bl nk ambik gambar dgn maskot. Ni pun dr malam sebelum tu puas aku pesan aisy jgn takut, kang rugi dah dtg jauh2 langsung xnk amik gamba. Seb baik skang aisy dah berani, siap boleh pegang2 lg.


Daisy duck yg comel. Arissa ckp bulumata dia lentik sangat, cantik!


Masa ni, kami boleh lama sikit amik gamba sbb dia ni yg plg last  keluar. Byk keping gak lah dpt snap. Suka aisy dpt peluk dia.


Awal2 lg belum masuk park budak kecik ni dah paw mummy topi spiderman. Apa2 yg berkait spiderman mmg semua dia nak. Layann lah sekali sekala jek kan, bukan selalu. Trip ni pun mmg utk bg anak2 happy. So mummy kena redhooo jek lah duit kua mcm air.


Comeii cekak ni tp dia xnak beli sbb dia ckp mcm budak kecitt. Ewah, mcm la dah besar sgt dia nih, yg dia paw semuanya berunsurkan princess. Rantai, anting2, loket, buku, keychain semua dia nak. Yang geram tu buku tulis minnie pun dia nak, macamlah kat kl ni xd, padahal berlambak jek kat kedai buku sini.


Aisy dgn topi barunya. Yang aku geram sempat pakai sehari jek, sebab dia dah hilangkan masa parade. Masa tu dia dah letih sgt da sbb panas yg amat dlm disneyland tu, so masa dia  merengek2 ckp penat n ngantuk tu lah dia main letak je topi tu tepi tmpt duduk dia. Bila sedar, dtg balik kat situ, dah xd. Dah selamattt dah la. Untung sape dapat topi tu. Huhu. Nak marah pun tak guna. Redhoo jek laa.
 


Tempat wajib bergambar menandakan kami dah smp disneyland. Hehe..

 Park entrance. Haruss dijadikan frame gamba kat kepala mickey nih.Time kat sini mmg ada photog disneyland yg akan snap gamba kita. So if rasa2 nak gamba tu, g jek la beli kat kaunter gamba tu, if xnk xyah la beli. Kami beli sbb kenangan tanda kami dah sampai sini.



Flight of Fantasy Parade.


Sukaaa!!

 Performed tgh2 panas terik.



Arissa teruja tgk snow white tu n ada princess ariel the mermaid.

Lepas parade habis, kitorang singgah Corner Cafe at Mainstreet USA utk minum, mkn fries n roti, lps tu kami decided utk balik hotel dulu bg budak2 ni tido n mandi. Sebab panas yg amat masing2 dah melekit, letih semua dah. If sambung main kat park pun x guna sebab muka semua dah muka seposen. Kami pun balikla hotel dan datang balik untuk tgk fireworks. 1st day ni cuma dapat cover 3 parks je Tomorrowland, Fantasyland and Adventureland. Ada lagi 3 park sambung esoknya pulak. Kitorang beli tiket yg 2-day entrance. So, xdelah rushing sangat nak habiskan total 6 parks dlm disneyland ni. Lg2 plak dgn budak2 ni, manalah boleh rushing2 nanti x syok semua rides xleh naik. Bila ambik 2 days ni, puas hati sgt.



 Masing2 lps battery dah recharge, segar kemain. Mandi pun dah, terus soh mummy snap gamba dengan spec baru.



Arash pun kemain soh mummy snap dia berposing. Seb baik spec dia dgn aisy mmg bwk siap2 dr umah sbb tau dah derang bdua mmg kemana2 nak spec. Mcm kakak dah kena beli spec kat sana, sbb spec dia x bawak. Menyesal x bwk, sbb spec sana tu mahal. Tak sangka panas yg amat kat sana. Dia plak mmg jenis x suka pakai spec, tu yg tinggal. Sekali tu bl kat sana terpaksa gak beli. So, kepada sesapa yang nak pegi disneyland time musim panas, bawaklah topi n spec siap2 utk anak2 ya semoga x membazir duit kena beli dlm park.



Tak habis2 dgn pose gaya gini.Pose ultraman kononnya tu.



Comel comel comel sangat kusi pun bentuk kepala mickey! Rasa mcm nk bwk balik. Hahaha.. Masa ni tgh tunggu shuttle bus nak ke park balik utk tgk fireworks at sleeping beauty castle. Fireworks start pkl 8pm.



Arash dgn minnie mouse ni dah sama besor dah. 



Muka happy sbb dapat paw Dada beli pistol Ironmen ni. Budak kecik ni sgt obses dgn pistol. Kemana2 mmg nak bwk pistol. Dah berlambak menan pistol kt umah tu. Nak jadi polis katanyaaa. Layann lah dik oiii.



Pool dr bilik kami. Bilik mengadap laut. Nampak HK Island yg besar n bangunan tinggi2.

Esoknya masuk park balik pagi2 tu, pergi ke Tomorrowland dulu sbb nak naik roller coaster yg smlm x sempat nk naik. Arissa n Aisy je yg lepas height utk naik. Memula derang naik dgn Dada while Mummy jaga Arash. Lps tu derang naik Mummy plak n Dada jaga Arash. Best wooo... Mcm meneroka angkasa lepas. Dalam gelap. Arissa n Aisy langsung tak takut. Aku yg menjerit derang rileks jek mcm xd perasaan. Berani betol.

Lps tu kami ke Toystory Land, Mystic Point n Grizzly Gulch. Lunch kt cafe halal dalam Mystic Point. Dlm disneyland ada 2 halal restaurant, satu kat Tahitian Terrace dlm Adventureland and satu lagi tu lah dlm Mysticpoint tu. Mknn xdlah sedap mana pun, jadikla utk alas perut yang kebulur.
Lepas habis semua tu dlm pkl 3 kitorang pun keluar dr Disneyland untuk ke town HK. Sebelum balik tu, borong lg sikit merchandise.

Then balik hotel, amik luggage. Kami dah checkout awal2 masa pagi before masuk park tu n luggage simpan kat hotel. Hotel punya concierge very efficient. Amik luggage, naik cab terus ke hotel at kowloon. Malas nk naik train jugak sbb leceh nk berangkut2. Aku booked hotel Holiday Inn Golden Mile. Masa google, tgk hotel ni mmg betul2 kat town area. Mmg betul pun, turun je dah shopping mall n linta jalan je da MTR station. Amat senang. Mknn halal pun senang nak cari n sedap2 semuanya x mcm dlm disneyland. Sampai hotel petang tu, rileks. Then melayan budak2 mandi pool. Derang ni kemana2 mesti nak mandi pool. Geram tgk. Padahal dah selalu dah mandi pool kat sini. Tapi dah nak sgt, layankan jek la. Memandangkan kitorang pun xd plan nak bershopping. Mmg kali ni mood xd sgt nk shopping sbb bwk budak2 bertiga ni leceh, Kang br nak tgk barang, sorang  nk kencing lah, sorang nk berak lah, nak susu lah, penat lah. Sudahnya aku yg naik hangin nnt. Kesimpulannya, lupakan jek la niat tu.

Malam kua g tgk symphony of lights. Jalan kaki je from hotel. Tp budak2 tu dah penat lps 2 hari bjalan dlm disneyland, tu yg semua dah xd mood nak tgk lampu tu. Orang pun ramai, so kejap je lah kitorang tgk. Lps tu kitorang jalan cari kedai makan. Jumpa Ebeneezer Kebab, order pizza n beriyani. Sedapppp. Lps tu balik hotel n tido.



Bilik at Holiday Inn. Hotel kat HK ni mostly mahal2. If nak murah sikit ada tp bilik sempit sangat nanti berlaga bontot. Tu yg  mahal pun mahal lah, janji budak2 selesa n dekat dgn MTR access. If hotel murah sikit, jauh la plak dr tourist attraction.



Kemain lagi budak kenit sorang ni, bab berposing nombor satu. Happy betul semua yg dia nak, dpt.



Esok pagi nya. Last day in HK. Bersiap2 kua nk g mkn n jalan2.

Esok paginya kitorang kua utk jalan2. Flight balik KL malam, so sempatla jalan2 cuci mata. Cuma nak cr souvenir and En suami nak ke Hard Rock. Naiklah MTR ke Ladies Market at Mong Kok. Lps beli souvenir, terus ke hard rock plak. Senang je MTR dia, tp x child friendly sangat sbb lift n escalator tak semua station ada. Mana2 station yg xd, kami kenalah angkut stroller naik atas n budak2 jalan naik tangga. Tiloet pun xd ye kengkawan. Tak mcm LRT station kat sini sume ada toilet rasanya. Ke sama je. Aku pun bukan tau sgt sbb boleh dikira dgn jari bape kali je aku naik train kat kl ni.

Budak2 ni jakun sekejap dpt naik train. Sebab kat kl ni x merasa. Asik naik turun kete jek. MTR sangatla efficient service nya. Cepat n mmg tak sesat punyalah. Lps tu dah jalan2 tu, kitorang balik ke hotel balik ambik luggage n terus ke airport. Sampai airport, drop bag n ke city gate outlet. Naik cab jugak sbb nk cepat. City gate outlet mengecewakan aku sbb xd butik baju budak yg menarik. Dgn masa 1 jam je kitorang pun laju2 lah dlm citygate tu cuci mata. Aku plan nk cr baju budak jek yg pentingnya. Bj sendiri bila2 boleh beli. Tp dah xd, balik ke airport baliklah. Cuma sempat grab beli crocs jek utk budak2 nih. Sbb murah sikit dr harga kat kl ni.




Muka budak excited dapat naik train.

Sampai airport, kelang kabut boarding sbb mcm dah lambat. Tak dapat lah jalan2 dlm airport. Then naik lah plane n trus balik ke kl. Sampai LCCT dalam pkl 1am. Dlm flight budak2 ni dah tido, so bila smp LCCT mata masing2 segar bugar. Mcm bkn pkl 1 pg. Tunggu hubs ambik kete yang di park kat Tune Hotel, n terus balik umah.. Bestnyaaaa dapat tido kat katil sendiri. Itulah ceritera disneyland trip kami. Sekian, mekasih.



Berlari  main kesana ke sini bila dah smp LCCT.





Wednesday, April 3, 2013

Cerita Kindie Aisy

Aisy ni dikira kan lambat masuk tadika.
Kami laki bini mmg sepakat nak masukkan aisy ke kindie on feb sbb january kan kakak darjah 1 so nak setelkan kakak dulu. If serentak masuk sek, pening kepala kami nk monitor dua2 masa baru2 masuk sek tu. Kang kakak nangis, adik nangis. Pengsan.

Tapi dr bulan 12 kitorang dah start survey nak masukkan ke sek mana. Di sebabkan aisy ni agak lambat sikit compare dgn kakak. Kitorang nak masukkan dia kat Beaconhouse branch Puchong. Konon nak bg dia better education la sbb ye lah dia tu lgsg x tau ckp english n x faham lgsg. Kenal huruf ke no ke sume xtau. Colors pun x semua yg dia kenal lg. Kami dah ke beaconhouse tu utk risik2 fees. Cuma masa tu x leh confirm lg sbb principal suruh kami cr transporter dulu since dua2 kitorang xleh nak anta amik aisy. Jarak pun agak jauh from home. Kat area bandar puteri sana. Mmg kena ada transport. Tu yg x byr sume lg.

Then, cari la transport sana sini, cari2 takde transport. Yang transport biasa tu dah full. Ada 1 transporter ni nak, tp dia nak utk transport je 250-300 sebulan. Gilaaaaa. Lps tu pulak, dia ckp dia akan amik aisy pagi tu pkl 6.40am sbb dia nak kena pusing utk amik budak lain. Mak aiii gila awal dia nak kena bangun. So, diskas punya diskas, kitorang x jadi la anta aisy kat beaconhouse. Gila ke hapa nak sek bagus punya psl tp anak aku kena bangun subuh2 pastu mahal plak tu. Maknanya kena la cr tadika lain.

Then survey2 tny2 kwn2 yg duduk area umah, ramai yg suggest Genius Aulad. Aisy pun umur 4 taun n lelaki, so kami pun ingat nak anta la dia yg ala2 islamic sikit biar dia cepat pandai bab2 mengaji n solat ni. QDees tunggu nanti aisy dah 5 or 6 taun ke. Ramai parents ckp GA branch tasik prima ni bagus. Lgpun dekat sgt dgn umah.

Tapi tetiba maid aku wat hal kan ms ujung bln 1 tu, tu yg x jd anta Aisy sekolah. Sume planning lari. Aisy n Arash aku kena anta taska. If anta aisy je ke sekolah nnt takut adik nangis xmo g taska, alangkah ada abang pun adik asik xmo g taska je sbb x suka. Tu lah reasonnnya kena pospon utk masukkan aisy tadika. Sampai lah last week kitorang nya bibik baru sampai. Tu yg cargasss terus aku g GA utk byr fees segala n nak startkan aisy early April. Unfortunately morning session dah penuh. Rs frust sgt sbb mmg kalau boleh nak bg dia sek pagi sbb dia kan bgun pagi. Tghri ke ptg tu time nap dia. Takut jek dia ngantuk. Tapi teacher ckp selalunya budak bl da ada kwn x ngantuk. Aku pun harap benda yg sama.

Semalam Aisy punya 1st day sekolah. Punyalah seksaited. Dr malam sebelum tu dah sibuk soh bibik iron bj dia. Pagi je bangun da amik bj tu bwk naik atas dlm bilik dia n gantung situ sbb nnt tghri nak siap terus. Pastu asik la call aku tny dah boleh bersiap ke belum. Masa pkl 12 aku nak balik umah tu nak amik dia anta g sekolah, aku call umah, rupanya dia dah bsiap dr pkl 11.30 lagi. Hihi..Sonok sgtlah tu nak school.
Sampai bibik ckp, dia xnk makan lg lps tu da pki bj sbb xnk baju kotor katanya. Masa aku smp umah tu, dia soh aku snap gamba dia dgn bag sekolah soh whatsapp kat Dada, soh Dada dia tgk. Maklumlah Dada kan outstation x dpt tgk dia pakai bj sekolah. Dia nak pakai singlet kat dlm, aku pun pakai kan la singlet lgpun bagus gak so x berpeluh kat bj sek tu nnt.

Transporter dtg amik dia pkl 1pm, aku follow dr belakang sbb nk biasakan dia naik van tu. Lgpun waktu balik aku x dpt ambik sbb ada meeting. Masa dia naik je van tu muka dah start mencebik nak nangis bl tgk aku x ikut tp dia control kot. Sampai je sekolah, aku pun sampai, aku trus amik dia bwk naik atas, bwk dia masuk kelas sbb dia x tau lagi kelas dia yg mana. Naik je atas masuk kelas jumpa teacher dia, dia trus nangisssss. Nangis kuat2 smp termuntah. Seb baik toilet sebelah je dgn class dia. sempatla muntah dlm toilet bowl. Habis basah dah baju sek kena air mata. Lps tu teacher dia pujuk dia. Dia dah slow sikit nangis, n mula lah bg alasan nak salam aku lah apa lah. Dia mmg gitu kalau nangis. Aku pun salam dia, n aku ckp dgn dia yg aku kena g keje, Aisy jgn nangis, teacher ada tlg aisy. Dia pun angguk, Lps tu aku pun chow. Dalam hati aku, aku sedih gak tgk aisy nangis. Sian dia. Dia tu manja sgt dgn mommy, sbb tu jd mcm tu. Hehehe..



Masa kat umah kemain eksaited asik tny je mana van x datang lg jemput dia. 


Gemuk sgt aku tgk si aisy ni, mintak2 la bdn dia leh turun bila da sekolah ni, takut gemuk smp ke beso. Dah mcm bj chef pun ada aku tgk. Tersenyum bangga muka dpt pakai bj sekolah. Hahaha..

 

Sampai je sekolah da start menangisss. Alolololo... tadi suka sgt, ni dah sedih plak. Apadaaa, wat malu kampeni jek la aisy nih.



Tengok tuh, sampai basah baju yg dia jaga sangat sebelum tu konon taknak kotor. Last2 kena air mata basah. Hihihi..


Pastu bila ptg tu, aku call rumah lps dia dah sampai umah, rilekk jek dia ckp, tadi tu saya nangis kejap je, lps mami pegi tu saya dah tak nangis. Dia pun becokla bercite apa yg dia buat kat sekolah. Dia ckp teacher bg makan donut, Hihihi.. Mintak2 aisy bertahan la ya sekolah. Jangan kejap je da boring nanti tau. Mommy Dada doakan anak2 kami terang hati mudah menerima apa yang cikgu ajar. Amin.





Wednesday, March 27, 2013

New Maid


Salam everyone.
Tetiba mood menulis ke laut semula. Hajat di hati nak aktif menulis consistently jugak ke laut lah jwbnya bila mood takde.




Arini tetiba since opis aii kosong byk yg duty kat LIMA Langkawi, ai is rajin semula sbb bosses pun xd. So rilekslah sikit. Ahaks.

Ekceli nak cite, aku dah dapat replacement maid. Alhamdulillah, syukur. 2 bulan maidless buat aku jd x tentu arah. Quality time with husband n kids pun ntah ke mana2. sbb asik busy wat keje umah sepanjang masa. Keja umah pulak sentiasa x penah habis. Pastu bila bdn n otak dah penat, mula lah kadang tu kejap2 je bmasam muka dgn en suami. Sangat lahh tidak bagus.

Bila dah dapat maid ni, alhamdulillah, rumah jd terurus lah n anak2 pun dah tayah g nursery lagi. Aisy pun aku da nk anta g preschool yang x jd gara2 xd maid aritu.

Cite psl maid baru ni, sangat lah kura2 nya. Bila ckp sloww jek suara x kuar, pastu bila wat keje pun sangatlahh sloww nya. Tapi pembersih n ajar apa pun cpt dapat cuma tu lah dah mmg jenis gitu kot orangnya. Aku ni x reti nak tegur secara berhemah takut dia ingat aku cerewet or x suka kat dia. So aku diam je la, cuma aku berkias2 je soh bergerak dgn cepat sikit takut nnt tak sempat siap keje.

Aku redho jek la dgn kelembapan dia tu. Maybe ni mula2 kot sbb dia mmg x penah masuk msia. Might be dia pun blur2 lg nak adjust timing semua. Tu yg aku diam je dulu. Pd aku asalkan rumah n anak2 aku ok, tu pun dah lebih dr cukup. Alhamdulillah. Yg penting pembersih. Tu yg susah nak cari. Jadiknya, tutup mata jek la if jemur baju pun da nak dekat sejam. Gunting cili kering pun berejam jugak. Sudahnya mmg lambat la semuanya. Huhuhu...

Hopefully yang ini kekal. Aku boleh berdoa n usaha wat dia suka utk keje di rumah kitorang sbb xmo tukar ganti maid. hopefully jugak yg kali ni reti bersyukur dgn kebaikan kami jangan jd mcm yg lepas, kami dah sebaik habis pun x bersyukur.