CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 2, 2013

Projek Kuih Raya

Buat kuih raya ni ikut mood. Taun ni mcm terajin plak nk buat kuih. Tapi dapat 3 jenis jek. Saje je sbb beli kuih skang ni mahal sgt. Setakat biskut biasa pun da atas 25 sebalang utk 50pcs. Baikla buat sendiri je puas hati dpt byk.

Tapi aku cuma buat kuih yang senang2 je. Yg bahan x susah nak cari n x byk. Memula buat kuih feveret en suami iaitu biskut suji. Dia mmg suka kuih ni. Tu yg try buat tu. First time buat.



Inilah bahan2 biskut suji ni. Simple je cuma perlukan minyak sapi, tepung and gula kastor je. Lps tu gaul pakai senduk kayu je dlm mangkuk tak payah guna mixer.

 

Ini la rupa biskut suji yang dah siap dimasak. Maapkan la bentuk yang x sekata tu. Mana tak nya byk sgt little helper. Masing2 berebut nak tolong buat kuih. Tu yg haru biru di dapur kejap.




Lepas tu buat cornflakes madu pulak. Kuih ni pun senang je. Cuma perlukan butter, gula, cornflakes n madu saje. Panaskan dlm kuali n masukkan cornflakes then bakar dlm oven sekejap nk bg kuih tu melekat tak berderai.

 

Si kecik ni pun sibuk nak tlg masukkan kuih dlm bekas. Tapi aku tak bg sbb nnt kecah, so soh dia kopekkan cup tu je. 

 

 Helper yang paling setia disisi dr awal buat kuih smp la habis 2 adunan. Kakak kejap je tolong lps tu cabut naik atas tgk tv, adik plak kejap je tlg kacau lps tu layan ipad. Abag ni je setia dengan mummy. Hehehe..



Last wednesday buat choc chip cookies ni plak. Ni pun bahan x susah tak payah pakai mixer cuma dengan senduk kayu je. Oklah. Rasa pun ok sebab 1st time guna resipi  ni.



Pembantu setia tetap disisi mummy. Hahaha.. Dia ni mmg kejenya melekat jek dgn mummy. Masa ni buat malam so kakak dah tido sbb esoknya nak sekolah.
 


Yang ini bukan kuih raya tapi popia untuk dimakan for berbuka or sahur. Ni feveret suami n aku jugak. Belajar buat popiah ni drpd mak mentua aku. Resipi dia simple n sedap. Sos yg dia ajar pun sedap. Terima kasih Ummi untuk resipi yang sedap ni.

 

Yang lecehnya nak buat popiah ni time nak menggulung tu. Sakit tengkuk. Huhuhu..


Itu sajelah cite projek buat kuih raya taun ni. Tayah buat byk2 sbb bukan ada org dtg umah sgt pun. Hehehe..





Berbuka Puasa Di Luar

Biasalah bila tiba bulan puasa jugak adalah bulan utk merapatkan silaturrahim. Time bulan puasa mesti ada sessi berbuka bersama BFF. Mcm annual event gitu. Berjumpa, berborak, anak2 pun dpt berlari main2 sama2. Isteri2 happy dpt jumpa kengkawan, yg suami2 pun happy berborak sakan.







Start dengan sesi potluck kat umah Mona aka Memon si mak buyong. Yang dapat join aku dgn Wawa je, yang lain sume ada hal lain. Best jugak, mknn sedap2. Berborak je kejenya.



Acara kemho mmg menjadi xtvt wajib bila berjumpa.

 

Anak daraku. Dekat 20 kali tanya bila waktu nak berbuka. X sbr2. Hehehe.



Haaa hamik ko. Punyala byk mknn. Tuan umah masak nasi lemak, mihun goreng. Wawa bawak sambal tumis kebabom sedap giler. Tu yg aku siap tapau tu. Mmg terbaekkk. Aku just bwk kuih Dadar tu jek la. Hehehe.



Pose gediks.



Ni plak g berbuka kat Paradigm Mall. Makan kat chilis. Layan Arissa mkn mknn feveret dia. Da ckp dgn dia, if dia puasa apa dia nak makan, mami cuba tunaikan. Alhamdulillah masih bertahan.



Kesayangan2ku.

 

Chicken nachos.

 

Mknn feveret en suami. Lamb grill. Aku pun makan yang sama jugak sbb xtau nk makan apa.

 

Kemain happy dpt makan spageti kesukaan. Padahal sama je mcm mummynya masak kt umah tp dia tetap nak chilis punya. If makan, x cukup sepinggan.

 

Aisy nk jadi Kassim Selamat ke nak oii??

 

Yang ni plak sesi berbuka dgn BFF dari zaman uni. Mmg tetiap tahun mmg akan berbuka luar at least sekali. This year try kat Flora Terrace, Jalan Mayang Sari plak. Asik kat hotel je, try rest yang x penah dtg pulak. Ok, food sedap2 sgt. Cuma takdela byk sgt choice mcm kat hotel tu padanla dgn harganya. Overall puas hati sbb tempat spacious n anak2 boleh berlari2 xd sape peduli. Itu yg penting bila nak bwk anak2 ni.



Nice ambience



Wajah2 cinta hati mummy n dada

 

Kechik @ Eza

 

All of us tapi x cukup korum. Yus, Akma, Fida, Edeline n Zazu takde. Tak dapat join.

 

Para2 suami. Perut sape paling beso angkat tangan!!

 

Boleh berborak n bergossips dengan tenang sbb anak2 berlarian kat luar rest ni. Orang pun x ramai sgt. 



Dengan anak2

 

Tak cukup kat dalam, sambung kat meja luar plak minum coffee sambil monitor anak2 berlarian.

 


Deco yang sangat cantik. Spacious.





Wednesday, July 31, 2013

Masak Memasak Di Bulan Puasa

Biasalah kan, bulan puasa mmg aktiviti memasak rancak sebab mknn beli kat Param semuanya x sedap. Jadiknya masak wpun yg simple janji memenuhi selera en suami dan anak2.

Kat bawah ni semua yg aku sempat snap sepanjang xtvt memasak petang2 hari. Ada yang x sempat snap tu, lupa da masak apa.



Plan asalnya nak buat kuih buah melaka aka ondeh2. Tapi masa tgh nk start buat tu, arash nangis kat atas, aku pun tinggal, trus naik atas. Tp sebelum tu ada bgtau maid aku yg aku nk buat kuih guna tepung pulut n pakai gula melaka. Tapi x sempat ckp hbs, aku da naik atas. Dlm setengah jam lps tidokan arash aku turun balik, tgk2 kelapa ni da bcampur dgn gula melaka dlm kuali. Maid aku pandai2 g masuk dlm kuali dia ingat aku nk buat kuih dadar. Adussss, rosak program. Dah jd mcm tu, nk kata apa lagi, proceed jek la dgn kuih dadar tu.


Buat kuih ni utk dibawak ke umah Mona, ada potluck kat  umah dia. Jadikla, anak2 suka kuih ni wpun aku x bape suka. En suami pun suka. derang ckp sedap wpun inilah first try. Tak penah pun buat so main hentam sajekla labuu.


 

Masak nasi ayam atas permintaan en suami. Dia nak jamu geng surau dia, Hafiz anak banak. Layannlah. Rezeki perlu dishare sama2. Buat kerang rebus n jagung bakar jugak. Semuanya homemade takde yang dibeli. Alhamdulillah, licin.



Salah satu ari tu kes malas masak beria, buat mee bandung sajer. Guna perencah adami. Cepat dan simple. Sedap dimakan, perut  pun kenyang. 


Ni mknn sahur kitorang. Kitorang mmg ari2 bangun sahur, en suami nak hisap rokok n arissa pun nak bersahur sebab puasa. Lps da bosan xtau nk masak apa utk sahur, aku goreng jemput2 je makan dgn sambal tumis ikan bilis mabeles air tangan Wawa. Sedapppp.



Laksa johor ni pun en suami yang request. Dia teringin katanya. Aku pun masaklah. Dah namanya pun berkhidmat untuk suami kan, so apa yg dia nak makan, itula yg aku masak. Hehe. Sampai 3 pinggan dia makan, lps tu tersandar mcm ular sawa kekenyangan.


Mee goreng seaweed. Mee ni nampak mcm mee kuning tp dia adalah mee seaweed. Kena rebus mcm masak spageti lps tu goreng. Rasa dia sama je tp mcm kembang sket. 1st time try masak mee seaweed nih.


Anak dara ku sangatla suka asam pedas ikan pari. Sepanjang puasa ni da 3 kali kot masak asam pedas ikan pari. Aku pun layannla asalkan dia nak berpuasa. So apa yg dia nak makan, aku masaklah. Alhamdulillah, takde paksaan untuk berpuasa tp  lps baik je dr chicken pox tu masih belum tinggal puasa lagi. Syukur.


Walaupun sayur yg paling simple, tp sayur ni la kegemaran aku. Taugeh goreng campur tauhu. Letak cili bg pedas2 sket. Goreng kering xmo letak air. Sgt sedap.. Memula dulu en suami langsung x mkn sayur taugeh, tp lps aku masak cenggini terus jd feveret dia jugak skang ni. Hehee.


Itu sahaja yang sempat disnap. Xdelah gedebasss sgt masakannya. Tapi asalkan perut kenyang n memenuhi selera dah cukup puas hati. Tukang masak tersenyum, tukang makan pun puas hati. Alhamdulillah syukur.






Wednesday, July 17, 2013

Seminggu Berpuasa

Diam tak diam dah seminggu dah puasa ek. Kejap jek. Bila dah masuk hari ketujuh ni, tetiba aku terasa nak berbuka makan nasi sbb arissa request soh masakkan asam pedas ikan pari. Wpun dia tak puasa sbb still on medication setiap 3 jam sekali makan ubat antiviral tu, tp selera sama je. Cuma masa memula je dia xnk mkn pedas n goreng2 sebab katanya tekak sakit. Now dah ok.

Alhamdulillah, chicken pox arissa da nak baik. Seb baik betul apa yg dr cheng ckp, seb baik dtg awal so cpt dia mkn ubat antiviral tu, chickenpox xkn teruk sgt. Syukur. 




Balik keje smlm, berdesup singgah beli kuih kat akak jual nasi lemak pagi2 selalu yg aku suka beli. Akak tu jual kuih utk bulan puasa ni. Drpd beli kat param yg tah apa2 nnt rasanya, baik aku beli dgn kak sal ni sbb mmg da tau kesedapan kuih dia. Beli karipap n tahu sumbat.

Lps tu terus balik. Sampai umah semayang asar, then terus masuk dapo. Startla memasak. Masak udang tempura tu sbb baru try tepung tempura tu. Pes time beli. Sebelum ni beli brand lain, ni tjumpa brand ni kat Aeon Big. Tulisan thailand xtau brand apa. Hentam jek la, janji rasa nya sedap. Tak sia2 beli sbb mmg sedap tepung tempura dia.



Selain udang tempura, masak sayur kegemaran en suami, sayur pakchoy ni. Dia mmg suka sayur ni. Mmg kalau masak, kena msk byk mcm mkn 4 org sbb dia akan ratah sayur nih. Aku pun suka gak tp keutamaan adalah en suami kan dlm bab2 lauk2 yg nak dimasak ni. Apa dia nk makan, itulah yg aku masak.



Lps goreng udang, goreng tempe plak, kebetulan ada tepung lebih, masukkan jelah tempe dlm tu n goreng. Saje nak try goreng tempe guna tepung. Selalu guna garam n kunyit. Tp bl mkn, en suami tak suka, katanya x sedap. Tp pd aku sedap jek. Nampaknya if dia ada lps ni, xleh la guna tepung tempura ni utk masak tempe goreng. Kenalah goreng guna garam kunyit je.



Lauk utama asam pedas ikan pari ni mmg yg dimasak dulu. Sbb nak bg cili tu garing n kuah dia sebati dgn ikan n pekat sket. Letak bende byk2 mmg umpphhh. Sedappp. Arissa makan pun byk smp 3 kali tambah bila ada lauk feveret dia, ikan pari.

Lps makan kekenyangan, semayang maghrib pun perut ketatt jek rasanya. Hahaha..





Monday, July 15, 2013

Chicken Pox


Penyakit yg paling ditakuti.
Tetapi semua ni dugaan Allah di bulan yang mulia ni.
Arissa kena chicken pox last Friday.

Dia start dengan pening masa 2nd day puasa. Tp masa tu aku soh dia bertahan smp ptg. Tp bl balik umah pkl 6 tu dia da nangis ckp lapar. Aku pujuk sbb sayang dah pukul 6. Masa tu dia ckp dia pening, tp bdn x panas. Lps je berbuka, trus soh dia mkn ubat n dia terus tido smp la ke pagi dengan bj sekolah.


Ari jumaat, ingat nk soh dia ponteng je rest kt umah tp dia nak jugak pegi sekolah n nak puasa. Lps sahur, dia kemas bag sekolah n pegi sekolah mcm biasa. Balik tengahari tu, dia nangis2 call ckp nk buka sbb kepala pening sangat. Aku pun bagi lah dia berbuka tp dia tetap nak sekolah agama. Soh mkn ubat n pegi sekolah. Ptg tu fetch dia balik sekolah agama, balik umah tgk bdn dia penuh bintik2 merah n ada yg ada mata kat bintik2 merah tu. Hbs kat kepala pun ada, dia ckp gatal sgt. Masa tu dah terdetik kat hati mmg chicken pox ni. Mula lah susah hati. Terus bwk g klinik, yg aku geram doc locum kat klinik tu boleh ckp, ni bukan chicken pox tp allergic. Doc xleh nk kompomkan tu chickenpox selagi bintik2 tu kuar air barula chickenpox. Aku bengang je, tp dah dia tu doctor, diam jek la. Tp dlm hati, hellloooo doc, xkn nak tunggu teruk baru nk bg ubat utk chickenpox, mkn teruklah nanti.




Sabtu pagi tu aku bwk jugak arissa g paed kat KJ tempat biasa kitorang pegi sbb x puas hati dgn doc locum kat klinik jumaat mlm tu. Doc Cheng tu tgk je, doc tu trus ckp kompom chickenpox. Barula aku lega dgr, lega bkn sebab apa, at least dia dptla ubat utk bunuh kuman tu yg betul. Doc tu ckp, seb baik dtg cpt, if dtg ari isnin, masa tu da teruk so nnt possibility utk chicken pox dia teruk tu adalah tinggi. If dtg awal, mkn ubat antiviral tu awal, chickenpox tu akan x de la teruk sgt. Alhamdulillah.

Balik umah monitor dia mkn ubat antiviral setiap 3 jam sebanyak 5 kali sehari. Sampai la seminggu nanti baru stop. N doc ckp mmg xleh g mana2 utk 1 week. Sian arissa, terpaksalah dia tinggal kt umah je. Puasa pun xdpt. Frust dia x dpt puasa tp takpela sayang, dah sakit nk buat cane.

Cuma yg aku risaukan takut berjangkit kat budak bujang berdua tu. If jangkit, maknanya sampai ke raya nantila baru baik masing2. Huhuh. Doc pun ada bg cream yg bg tak berparut, doc ckp gerenti xd parut. Hopefully la x berparut, kang da x lawa plak nk raya2 ni. Sbb kat muka pun ada.

Cepat baik ya arissa. Nanti arissa da baik, mummy bawak jalan n boleh pegi sekolah balik.





Thursday, July 11, 2013

Berbuka Puasa Day 1



Masuk je bulan poser mulalah sume skill memasak kua n bersemangat nak try resepi2. Hot hot chicken shit kata org. Hahaha..

Aku mmg sedia maklum bila buka poser x suka makan nasi. Lagipun time ni jekla boleh diet. Since en suami pun xd kt umah. Bolehla masak simple2 je utk diri sendiri n anak dara. Tetiba ptg tu terasa nk masak roti jala. Kol yati soh kuakan ayam bgtau aku nk masak kari. Utk makan dgn roti jala.




Balik umah sampai nk dekat pkl 6, lps solat asar, trus ke dapur. Buat kari ayam dulu. Lps buat kari ayam, rasa mcm simple sgtla plak, so aku goreng mee kuning plak. Buat yg ala2 x pedas sbb takut nanti arissa sakit perut plak.




Sementara tgh masak mi goreng dlm kuali, buat adunan roti jala dulu n letak tepi. Bila mi goreng dah siap, barulah  mula menebar roti jala. Menebarlah sangatt! Padahal cuma guna acuan botol yg beli kat daiso tu jek. Aku x bape pandai pakai tu sbb kejap2 salah satu lubang tu x kua tepung nya. Agaknya mcm pekat kot lps dah kena blender tu. Tapi takpelah, janji menjadi.


Inilah rupanya roti jala dlm pan.


Pukul 7 setel masak semua, sementara nak tunggu berbuka tu, aku sempat relax baring2 jap. Penat gak. Tak lapar tapi haus. Sambil2 melayan anak2 bujang berborak sambil baring. Fuh, lega...

Sementara tu, call en suami tny dia makan apa, kotlah kat hotel makan x sedap. Rupanya dia mkn lg sedap, siap berseafood tepi laut sambil layan sunset lagi. Udang masak telur masin lah, bla bla. Kecur aku.. Pastu send gamba kat aku. Chaissss...