CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 31, 2013

Masak Memasak Di Bulan Puasa

Biasalah kan, bulan puasa mmg aktiviti memasak rancak sebab mknn beli kat Param semuanya x sedap. Jadiknya masak wpun yg simple janji memenuhi selera en suami dan anak2.

Kat bawah ni semua yg aku sempat snap sepanjang xtvt memasak petang2 hari. Ada yang x sempat snap tu, lupa da masak apa.



Plan asalnya nak buat kuih buah melaka aka ondeh2. Tapi masa tgh nk start buat tu, arash nangis kat atas, aku pun tinggal, trus naik atas. Tp sebelum tu ada bgtau maid aku yg aku nk buat kuih guna tepung pulut n pakai gula melaka. Tapi x sempat ckp hbs, aku da naik atas. Dlm setengah jam lps tidokan arash aku turun balik, tgk2 kelapa ni da bcampur dgn gula melaka dlm kuali. Maid aku pandai2 g masuk dlm kuali dia ingat aku nk buat kuih dadar. Adussss, rosak program. Dah jd mcm tu, nk kata apa lagi, proceed jek la dgn kuih dadar tu.


Buat kuih ni utk dibawak ke umah Mona, ada potluck kat  umah dia. Jadikla, anak2 suka kuih ni wpun aku x bape suka. En suami pun suka. derang ckp sedap wpun inilah first try. Tak penah pun buat so main hentam sajekla labuu.


 

Masak nasi ayam atas permintaan en suami. Dia nak jamu geng surau dia, Hafiz anak banak. Layannlah. Rezeki perlu dishare sama2. Buat kerang rebus n jagung bakar jugak. Semuanya homemade takde yang dibeli. Alhamdulillah, licin.



Salah satu ari tu kes malas masak beria, buat mee bandung sajer. Guna perencah adami. Cepat dan simple. Sedap dimakan, perut  pun kenyang. 


Ni mknn sahur kitorang. Kitorang mmg ari2 bangun sahur, en suami nak hisap rokok n arissa pun nak bersahur sebab puasa. Lps da bosan xtau nk masak apa utk sahur, aku goreng jemput2 je makan dgn sambal tumis ikan bilis mabeles air tangan Wawa. Sedapppp.



Laksa johor ni pun en suami yang request. Dia teringin katanya. Aku pun masaklah. Dah namanya pun berkhidmat untuk suami kan, so apa yg dia nak makan, itula yg aku masak. Hehe. Sampai 3 pinggan dia makan, lps tu tersandar mcm ular sawa kekenyangan.


Mee goreng seaweed. Mee ni nampak mcm mee kuning tp dia adalah mee seaweed. Kena rebus mcm masak spageti lps tu goreng. Rasa dia sama je tp mcm kembang sket. 1st time try masak mee seaweed nih.


Anak dara ku sangatla suka asam pedas ikan pari. Sepanjang puasa ni da 3 kali kot masak asam pedas ikan pari. Aku pun layannla asalkan dia nak berpuasa. So apa yg dia nak makan, aku masaklah. Alhamdulillah, takde paksaan untuk berpuasa tp  lps baik je dr chicken pox tu masih belum tinggal puasa lagi. Syukur.


Walaupun sayur yg paling simple, tp sayur ni la kegemaran aku. Taugeh goreng campur tauhu. Letak cili bg pedas2 sket. Goreng kering xmo letak air. Sgt sedap.. Memula dulu en suami langsung x mkn sayur taugeh, tp lps aku masak cenggini terus jd feveret dia jugak skang ni. Hehee.


Itu sahaja yang sempat disnap. Xdelah gedebasss sgt masakannya. Tapi asalkan perut kenyang n memenuhi selera dah cukup puas hati. Tukang masak tersenyum, tukang makan pun puas hati. Alhamdulillah syukur.






1 comments:

mikamusz said...

tauhu goreng dengan tauge tu memang legend.. dulu maka ku selalu masak.. sebab tauge kan murah and dapat banyak.. now harga tauge pun dah mahal.. specially yg comel cegitu...