CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 2, 2013

3rd Birthday


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Arash Naufal!
Happy birthday to you!!!!


Hari ni genaplah umur Arash Naufal 3 tahun. Syukur alhamdulillah kepada Allah, kerana masih meminjamkan arash dan anak2 yang lain kepada kami sampai ke hari ini. Inshaa Allah, kami akan jaga dan membesarkan tiga2 anak ini dengan penuh kasih sayang dan taat kepada Allah. *tetiba sedih plak*


Masih terbayang2 lagi time2 nak beranakkan Arash ni dulu. Rasa mcm sekejap sangat masa berjalan. Masa tu en suami duduk kat labuan. Time dah sakit tu, pegi hospital tgh2 pagi buta dlm pkl 6am kot. Masa tu call en suami, dia pun kelang kabut g airport carik tiket. Dapat tiket last minute tp maklumlah labuan-kl ada 1 flight je sehari, kebetulan kuasa Allah mmg sakit pagi2 buta, dptla catched up flight yang pagi tu. Kalau dibuatnya sakit petang, nampak gayanya esoknya barula en suami dapat balik ke kl. Masa tu dah doa2 dah biarlah arash jgn keluar dulu dr perut mummy sampaila Dada dia sampai kl ni.

Pukul 8am, doc induced sebab masa tu kepala dia mcm terdongak sket n belum turun kat jalan sepatutnya. Alhamdulillah, en suami sampai hospital pukul 11 lebih. Dan tepat pkl 12tghri, arash pun keluar dari perut mummy. Nampaknya mmg dia tunggu sampai Dada dia dpt tengok dia keluar. Syukur alhamdulillah.




Sepanjang dalam pantang, mmg sangat mencabar dan menduga keimanan mummy sungguh. Dahla masa tu Dada dia x duduk sama, duduk jauh. Plak tu, arash ni dr dlm pantang sampai lah umur 5 bln kot, tiap2 mlm menangis dr pkl 4am sampai lah ke pagi. Aku bergilir2 jaga dia dgn maid aku. Penat tak terkata. Mata da naik lebam x cukup tido. Siang pun sama, dia xleh silap sikit melalak2 jek kejenya. Mmg berdukung jek la. Masa tu mmg sangat2 penat otak dan badan. Dah puas bwk g klinik doc ckp xd sakit apa2. Sampailah umur dia 5 bulan, bwk g berurut, rupanya dia kena angin pasang, elok lps urut tu, dia dah x nangis lagi. Tapi mmg xleh silap sikit, dia akan menangis. Bila dah besar skit ni, nampak dah rupanya dia panas baran. Sama ikut sebijik mcm perangai Dada dia. Bersabar jek lah ada 2 org yg panas baran dalam rumah tu. Sampai skang ni if dgn Dada je, dia xleh ngam, ada je yg dia lawan balik. If mummy marah dia diam, if dgn Dada, kena marah dia akan lawan balik. Dada ckp, xleh nk wat pe sbb sama mcm dia kecik2 dulu. Hehehe..




Arash ni sangatlah pak lawak. Suka wat lawak, mulut menceceh tak benti kalau bcakap. Sampai nak tido pun bcakap, suara dahla mcm kartun. Mulut suka bcakap n kelakar orangnya. Ada je idea dia or ckp dia yg akan buat kitorang gelak. Dia lah penghibur dlm family. Abang n kakak mmg kena mengalah dgn dia, if xleh mengalah mmg dia mengamuk. If mengamuk, main pukul je, x kiralah tu abang ke kakak ke.

Apapun, please pretty please don't grow up too fast my darling Arash. Tak puas nak main2 dgn awak. Nanti dah besar dah x best. Hehehe..

Semoga Arash membesar menjadi khalifah Allah yang sempurna akhlak dan sentiasa taat pada Allah. Mummy doakan Arash sentiasa diberi kesihatan yang baik. Taun dpn kena sekolah tau. Jangan nangis lagi. Ni bila sebut sekolah je terus nangis xnak sekolah. Dia mcm fobia tak suka pegi sekolah. Ni gara2 kes masa takde bibik aritu kena duduk taska. Dia ckp cikgu dia garang. Tu yg xnk sekolah. Cane lah nak saiko dia bg dia suka sekolah.

Apa2pun, we love you Arash!





0 comments: