CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 29, 2013

Maidku MIA

Meh nk cite psl maid aku pulak.
Maid aku patutnya balik cuti 5 hari je seperti yang telah dipersetujui dedua pihak. Dia balik indon khamis lepas dan balik sini balik patutnya semalam.
Tapi tunggu punya tunggu dia langsung xd call smp la skang ni. Dan aku pun x dpt contact dia sbb mmg dia xd nombor yang boleh dicontact.

Dia pulak selama keje dgn aku dah setaun 2 bulan ni langsung xd contact kampung dia sbb no fon family dia sume dlm fon n fon tu ms kat umah ejen kat tanjung balai, disuruh tinggal. dia pun lupa nak salin no adik dia. Dia ni da xd mak bapak. dah meninggal. Dia pun bujang, cuma ada adik tu je yg da kawen.

Mmg perjanjian masa awal2 amik dia dulu dgn ejen, mmg ejen da ckp, since dia xd cuti setiap minggu/bulan mcm maid yang lain. Lps setaun keje kena bg dia balik indon cuti seminggu. So masa tu nak taknak aku terpaksa la setuju sbb masa tu tu je pilihan maid yg ada. Dia pun keje la dgn aku. So far, performance dia ok, boleh dikatakan tiptop la jugak sbb umah bersih, sume keje siap, anak2 pun tjaga dgn betulnya makan pakai. Kira aku boleh la senang hati nk lepaskan anak2 dgn dia.

Sampailah bulan 11 aritu patutnya aku da bg dia cuti tp masa tu aku xd cuti. Bulan 12 pun akux leh cuti panjang. Tu yg bln 1 ni br bg dia cuti.Ikutkan hati mmg taknak bg cuti, mmg ikutkan hati nak tgu sampai kontrak habis tp sbb da mmg da janji tu yg takleh nak wat pe. Lg pun alasan dia nak balik tu utk tgk anak sedara dia yg nak operate otak tu n nk tebus balik tanah yg da terjual utk tampung kos berubat anaks edara yg sakit. That's the main reason why she is working here sbb nk cari duit. Tu yg aku rasa kesian plak kat dia.

Kebetulan ada cuti panjang sket time maulidur rasul n raya cina nanti. Ikutkan nak soh dia balik raya cina sbb time tu aku nak bjalan ke Perak nk bwk anak2. Tp bila bgtau dia, dia ckp dia nak ikut g hotel. Dia ni mmg suka betul ikut bjalan, dia suka mandi pool. Umur pun muda lagi kan so aku pun x kisahla asalkan keje siap n bagus, sesekali apa salah reward dia dgn ikut sama kami bjalan. Memang jalan kemana2 pun kami bwk dia x penah tinggal. Bila firikan dia nak ikut bjalan, aku pun bg la dia balik time cuti maulidur rasul mgu  lps ni. Tu yg kami hantar dia ke terminal feri kat port klang sbb dia xnak naik flight. katanya umah dia lg dekat dr terminal feri tanjung balai drpd airport medan. 

Masa sebelum dia balik banyak kali aku pesan, balik sini balik, apa2 jadi pun tetap kena balik sini balik jangan x balik. Berkali2 gak dia ckp kat aku, iya puan, sy nak kerja lagi la. Aku pun dgn berat hati gak lepaskan dia balik. Sampai je kat tanjung balai aku masih dpt bercakap dgn dia. Dia bgtau nanti dia sampai kampung dia akan call aku. Tp sampai sekang x call aku. Aku pun xtau apa cite.

Jadiknya bila semalam dia da x balik, aku dgn husband dedua terdiam xtau nak buat apa, tak leh berfikir. Tak tau nak keje mcm mana. Masing2 blur mana nak cari maid lain plus duit pun akan kua lagi beribu2. Nak2 plak aku patutnya ptg ni kena ke langkawi outstation. Kelam kabut aku call travel agent yg uruskan tiket nak mintak cancel or postpone.

Bila maid da xd, kami kena amik cuti. Anak2 kena uruskan sendiri. Tapi aku xleh cuti so en suami yg kena cuti. Dia lah yg uruskan budak2 n umah. Masak untuk arissa balik tengahari n siapkan arissa utk ke sekolah agam pulak. Tlg basuh baju n kemas umah. Tq sayang!




Arissa masa nak tgu transport datang.



En suami cuti so dia masakkan arissa lauk makan tengahari. Nampak menyelerakan. Bila tny arissa, dia ckp sedap sangat Dada masak, kakak tambah 2 kali. Hamboiiii....



En suami yg siapkan arissa g sekolah agama. Tudung ke belakang sekali. Hehehehe...



Si cheeky Arash ni mmg tau. Ada je perangai dia. Lempang nakkk??









0 comments: