CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi



Ahlan Wasahlan Ramadhan!
Marhaban Ya Ramadhan!


Terharu sungguh rasanya sebab berpeluang berjumpa dengan ramadhan lagi pada tahun ini. Aku harap kita dapat menunaikan kewajipan ini dengan penuh barakah dan semoga ibadah kita diterimaNya.

Aku harap Arissa dapat  berpuasa penuh tahun ini. Tahun lps dia cuma dapat 16 hari tak silap. Tahun ni try puasa penuh k. Tapi sayangnya tak berpeluang nak buat tarawih kat surau sebab en suami takde. Outstesen lagi. Puasa2 pun kena outstesen. Tensen ahkak. Jawabnya nak kena buat tarawih kat rumah je lah. Takpe, janji buat. Buat dengan Arissa, lebih afdhal.

Perginya pagi tadi plak tu, tak merasa nak berbuka sefamily hari ni. So nampaknya ptg nanti, masak yang simple jek la. Nak buat roti jala lah rasanya, mkn dengan kari ayam. Omnomnomnom.





Syukur Alhamdulillah




Hanya syukur yg aku ucapkan dalam hati bila tengok result arissa. Semalam ada hari perjumpaan ambik report card kat sekolah agama arissa. Berdebor gak nak amik, bukan berdebar nk tgk result dia tp berdebor nak dgr komen cikgu psl personaliti dia kat sekolah. Dia ok ke, baik ke, nakal ke, mcm2 lah dlm otak ni. Biasalah mak2 ni risau terlebih.



En suami mula2 nak ikut tapi last minute dia ada meeting so dia xleh nak balik utk ikut g sekolah. Tak kisahla wpun aku agak frust gak sbb ni 1st time amik report card anak n kalau boleh nak lah arissa tau yg both parents ni ambik berat psl dia, dia kan manja. Tapi takpelah, dah keje nak buat cane kan. Ikutkan dia pun tak puas hati Dada x dtg sekolah tp aku explain balik kat dia yg Dada tu busy, dia diam lah.

Masa jumpa cikgu, cikgu pun explain la perangai arissa dlm kelas. Alhamdulillah, cikgu ckp dia mmg takde masalah dlm kelas. Mmg focus apa yg cikgu ajar. Nak2 if subject tu dia minat, dia akan tumpu betul2. Bagus. Syabbas beteh. Lega dengar. Tapi cikgu ada ckp dia agak garang. Hahah.. Aku tergelak dgr. Tp cikgu ckp masa kes dia asik kena buli awal2 dulu, mmg cikgu yg soh dia jd garang. Dia penolong ketua kelas, if ada budak2 laki yg x dgr ckp dia, mmg dia jeritkan. Hehehe..

So far, dia dpt no 2 dalam kelas. Masa test bulan 3 aritu dia dpt no1, kali  ni no 2. Tak kisahlah, wpun menurun sket tp aku ckp kat dia, tak kisah lah as long as try target every time exam cuma nak dpt no 1, 2 or 3 je. Aku bukan apa, saja ckp gitu sbb nak bg dia buat betul2. If dia ada target, sure dia akan belajar betul2. Dia yg frust bila x dpt no 1 lagi, aku ckp takpe, next time cuba lagi. No 2 ni da bagus dah ni. Mommy  bangga dgn arissa. Bila ckp gitu, trus muka dia senyum meleret. Bukan susah nk pujuk budak kecik ni. Hehehe..

Tapi cikgu sendiri ckp, masa cikgu kira markah, cikgu yg frust bila tgk arissa x dpt no 1. Apakahhh?? Motipp?? Cikgu ada ckp lagi, arissa ni nampak tabah, boleh hidup sorang2. Arissa sll ckp Dada n Mummy selalu outstation kat cikgu. Cikgu tny xpe ke if mak ayah awak xd kat rumah. Dia jwb, takpe, saya dah biasa. Saya boleh buat kerja sendiri. Bagussss. Alhamdulillah, mcm tu lah anak mummy, independant.

Tapi kenapa bl kat rumah depan mummy, tak  mcm tu pun?? segalanya nak soh mummy buatkan. Buat homework nak suruh ngadap, kemas bag sekolah pun nk suruh mengadap. Tapi skarang ni mmumy dah paksa arissa buat semua sendiri, belajar berdikari. So far so good.

Mummy doakan Arissa n anak2 yg lain semua dianugerahkan otak yang cerdik, terang hati dan mudah menerima pelajaran. Mummy loves you!






Tuesday, July 9, 2013

Potong Kek

Pagi bday arash tu, masa call umah, dia bgtau yg dia nak kek spiderman. Masa tu aku dok pk mana la nak cekau kek bday spiderman. Aku pun pujukla bgtau yg nanti tgu Dada ada je kita beli kek spiderman. Kebetulan masa bday dia tu en suami xd, outstesen.

Tapi, dia trus nangis nak jugak kek spiderman. Tak sampai hati, aku iya kan jek la. Tp lps tu mula mengagau mana aku nak carik. Tiba2 aku terpk si atie yg dok belakang taman umah aku je. Aku pun call tny, dia ckp ok, boleh if nak ptg tu. Aku bgtau nak kek spiderman, dia ckp dia x terer bab deco tp kalau rasa tu inshaa allah lah boleh. Aku pun ckp belasah jek la, edible pun xpe, janji ada nmpk spiderman. Dia ckp dia try.




Lps 1 jam tu dia call bgtau dia x dpt cari edible image, dia tny boleh x if dia ltk patung spiderman je atas kek. Aku ckp belasah jek la. Aku pun nak kek kecitt jek, dia ckp dia pki loyang dlm 5" mcm tu. Aku ckp ok sebab xd sape nk makan kek. Setakat aku 4 beranak jek. Cuma nk bg syarat jek ada kek utk arash tu. If x, kang dia ngamuk plak xd kek spiderman. Sooo, itulah hasilnya kek spiderman. Ptg tu pkl 6.15 amik kek kat area umah aku je.

Arash suke kemain ada patung spiderman. Mmg deco x bape ok, tp jadikla, dahla last minute, sape jek yg nak layan if order last minute mcm tu. So xyah deco lawo2, janji rasa ok.



Arash kemain suka siap lentok2 lagi kepala nyanyi lagu bday. Hehe. 




Kurang lengkap rasanya xd en suami. Tapi nak buat cane, keje dia dah mmg kena selalu kuar. Dapat plak bos yg x reti bahasa ni, sll bg notice within 24 hrs soh en suami travel. Tensen haku.



Budak kecik yg sangatttlah byk cakap. Suka wat lawak n loyar buruk.



Tersangat suka dengan apa2 yg related to spiderman, superman n batman. Mmg superhero betul budak ni.

 

Hadiah yg anak2 mintak aku belikan. Layankan jek la. Yg akak nak hadiah bday Baby Alive. Dah besar panjang pun beria2 nak baby alive ni. Mcm budak kecik aku tgk. Tp dah dia suka nk tukakan pempes patung dia tu, layankan jek la.. Yg si arash mcm biasalah, mintak spiderman. Tapi hadiah kecitt jek, nak beli yg besau, mahal lah plak. Nanti eh dik tgu lain kali if nak hadiah besau. Hehe..





Tuesday, July 2, 2013

3rd Birthday


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Arash Naufal!
Happy birthday to you!!!!


Hari ni genaplah umur Arash Naufal 3 tahun. Syukur alhamdulillah kepada Allah, kerana masih meminjamkan arash dan anak2 yang lain kepada kami sampai ke hari ini. Inshaa Allah, kami akan jaga dan membesarkan tiga2 anak ini dengan penuh kasih sayang dan taat kepada Allah. *tetiba sedih plak*


Masih terbayang2 lagi time2 nak beranakkan Arash ni dulu. Rasa mcm sekejap sangat masa berjalan. Masa tu en suami duduk kat labuan. Time dah sakit tu, pegi hospital tgh2 pagi buta dlm pkl 6am kot. Masa tu call en suami, dia pun kelang kabut g airport carik tiket. Dapat tiket last minute tp maklumlah labuan-kl ada 1 flight je sehari, kebetulan kuasa Allah mmg sakit pagi2 buta, dptla catched up flight yang pagi tu. Kalau dibuatnya sakit petang, nampak gayanya esoknya barula en suami dapat balik ke kl. Masa tu dah doa2 dah biarlah arash jgn keluar dulu dr perut mummy sampaila Dada dia sampai kl ni.

Pukul 8am, doc induced sebab masa tu kepala dia mcm terdongak sket n belum turun kat jalan sepatutnya. Alhamdulillah, en suami sampai hospital pukul 11 lebih. Dan tepat pkl 12tghri, arash pun keluar dari perut mummy. Nampaknya mmg dia tunggu sampai Dada dia dpt tengok dia keluar. Syukur alhamdulillah.




Sepanjang dalam pantang, mmg sangat mencabar dan menduga keimanan mummy sungguh. Dahla masa tu Dada dia x duduk sama, duduk jauh. Plak tu, arash ni dr dlm pantang sampai lah umur 5 bln kot, tiap2 mlm menangis dr pkl 4am sampai lah ke pagi. Aku bergilir2 jaga dia dgn maid aku. Penat tak terkata. Mata da naik lebam x cukup tido. Siang pun sama, dia xleh silap sikit melalak2 jek kejenya. Mmg berdukung jek la. Masa tu mmg sangat2 penat otak dan badan. Dah puas bwk g klinik doc ckp xd sakit apa2. Sampailah umur dia 5 bulan, bwk g berurut, rupanya dia kena angin pasang, elok lps urut tu, dia dah x nangis lagi. Tapi mmg xleh silap sikit, dia akan menangis. Bila dah besar skit ni, nampak dah rupanya dia panas baran. Sama ikut sebijik mcm perangai Dada dia. Bersabar jek lah ada 2 org yg panas baran dalam rumah tu. Sampai skang ni if dgn Dada je, dia xleh ngam, ada je yg dia lawan balik. If mummy marah dia diam, if dgn Dada, kena marah dia akan lawan balik. Dada ckp, xleh nk wat pe sbb sama mcm dia kecik2 dulu. Hehehe..




Arash ni sangatlah pak lawak. Suka wat lawak, mulut menceceh tak benti kalau bcakap. Sampai nak tido pun bcakap, suara dahla mcm kartun. Mulut suka bcakap n kelakar orangnya. Ada je idea dia or ckp dia yg akan buat kitorang gelak. Dia lah penghibur dlm family. Abang n kakak mmg kena mengalah dgn dia, if xleh mengalah mmg dia mengamuk. If mengamuk, main pukul je, x kiralah tu abang ke kakak ke.

Apapun, please pretty please don't grow up too fast my darling Arash. Tak puas nak main2 dgn awak. Nanti dah besar dah x best. Hehehe..

Semoga Arash membesar menjadi khalifah Allah yang sempurna akhlak dan sentiasa taat pada Allah. Mummy doakan Arash sentiasa diberi kesihatan yang baik. Taun dpn kena sekolah tau. Jangan nangis lagi. Ni bila sebut sekolah je terus nangis xnak sekolah. Dia mcm fobia tak suka pegi sekolah. Ni gara2 kes masa takde bibik aritu kena duduk taska. Dia ckp cikgu dia garang. Tu yg xnk sekolah. Cane lah nak saiko dia bg dia suka sekolah.

Apa2pun, we love you Arash!





Wednesday, June 26, 2013

Ketaq Lutut






Baru dapat date utk intebiu aku dah ketaq lutut. Maklumlah taun ni dah kali ke 4 aku apply utk Masters Degree nih under JPA. If tak dapat jugak, mmg frust tertonggeng lah. Mana taknya, berkobar2 aku nak sambung study tp xd peluang lg. Belum rezeki kata orang. Yg penting, jgn putus asa ye dakk.




Sementara otak masih belum tepu sepenuhnya (wpun rasa2nya dah tepu dah) n memandangkan dah ada kemudahan dpn mata yg pihak gomen sediakan utk gomen staff, apa salahnya mencuba smp berjaya.

If berjaya dapat lah katakan nanti, bersyukur sebab akan dapat cuti bergaji penuh. Diulangi cuti bergaji penuh. Siapa yang taknak kan?? Dahla byk masa dgn anak2 kat rumah sebab kelas cuma dlm 3-4 kali seminggu, tapi akan busy dgn assignment and study group. Lain2 yg penting gaji dapat. Sape nak kasik kan?

If let say xd rezeki lagi taun ni, aku akan make sure aku kumpul duit sendiri n sambung study taun dpn guna duit sendiri n buat master scr part time. Masalahnya nk blaja part time, memerlukan effort yg sangat tinggi. Kena commit 120%.

Doa2 la byk2 semoga dapat sambung study under biasiswa HLP JPA ni ek. Aminnn.

*Dah kena start study proposal takut x dpt jwb time intebiu nanti*








Tuesday, June 25, 2013

Happy 7th Birthday My Darling Arissa

Happy birthday my baby Arissa Naureen! 

You're my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You never know dear
How much i love you
Please don't take my sunshine away

Mommy n Dada doakan arissa membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan beriman kepada Allah ya anakku. Jangan garang2 sangat dengan adik2 ok. Jadilah seorang kakak yang baik dan bukannya seorang kakak yang bossy. You're my only girl. Rose among the thorns. We always love you.




Arissa request nak kek rapunzel. So mommy pun tnykan auntie Lin OC boleh tak buatkan kek mcm tu, auntie lin ckp leceh nak pintal2 rambut tp sebab dia sayang arissa, dia sanggup buatkan. Hahaha..


Since jerebu yang teruk, arini wpun sekolah dah bukak, kami x bg arissa n aisy pegi sekolah sbb asap mcm tebal lg. still bau asap kuat. It's not safe for them. Tu yg dia x dpt nak distribute party pack kt kengkawan. Padahal malam tadi punyalah bersemangat isi party pack. Utk kwn2 kat sek keb dan sek agama. Esok je eh kakak kita  bg kwn2. 




Dada plak arini kena outstation lagi, tu yg pg2 arissa da bangun mandi sbb dia tau nak tiup lilin dengan Dada, dia xnk tgu ptg sbb nanti Dada xd katanya. Tu yg masing2 muka sembab je pagi2 dah nyanyi happy bday utk kakak. Aisy n Arash x sempat mandi.



 5 of us!




Dah masuk 7 tahun ni, alhamdulillah, Arissa mengaji dah naik al-quran. Tu pun ustazah yang mengajar ckp arissa jarang datang, if consistent datang every day dah jauh dah sebenanya. Skang ni br nak masuk juzuk 2. Nak  buat mcm mana, mummy busy. If outstation dah xdpt anta, kadang ptg balik keje if ada hal, pun x dpt anta arissa g ngaji. Takpela slowly eh sayang!

So far exam sek agama baru ni pun semua subject dia dapat A. Cuma ada 2 subject yg markah dlm 80++, yang lain alhamdulillah, 90 ke atas. Mummy n Dada bersyukur sangat dan sentiasa doa biar Arissa terang hati. Report card day hari  jumaat ni, saspen jugak ni nak tau apa komen ustazah dia. Utk sek keb plak, kami xtau sebab sistem KSSR yang baru ni, end of the year baru ada hari terbuka, time tu lah baru parents dapat tau performance anak2 mcm mana for the whole year. Aku tak berapa agree dgn sistem skang ni, sbb kita taktau tahap pencapaian anak kita. At least if kita tau, kita boleh la monitor dia kat rumah, yang mana kurang bolehla kita tumpukan biar jd ok. So mummy cuma boleh guide dia sikit2 je la dgn cara belikan buku latihan and soh dia buat. Especially weekend. At least every saturday morning mmg dia kena buat latihan tu semua before boleh relax tgk tv or jln2.




Last but not least, mummy nak kakak tau yg mummy akan cuba berikan yg terbaik utk awak. Harap Arissa lps ni rajin2 tlg mummy ya, jangan malas2 lagi. I love you!





Monday, June 24, 2013

Ngantuk

Ngantukknyaaaa!!!
Asik2 menguap jek arini. Nak minum, tak boleh sbb puasa. Inshaallah, semoga dipermudahkan Allah untuk urusan hari ini. Puasa nisfu syaaban.

Ngantuk ni gara2 mlm tadi dah tersyiokk sangat xleh nak stop plak baca novel TEDUHAN KASIH tu. Huhuhu.. Sudahnya pkl 1 lbh br tido, lps tu pkl 5 bangun sahur n dpt lelap stgh jam before bangun siap2 g keje subuh td.

Aku tak layan pun cite teduhan kasih tu sbb ntah ek, mcm x tertarik pun nk tgk cite tu. Tapi novel dia mmg best lah, trus aku rasa mcm start ptg ni nak tgkla cite tu. Hahahaha...